Back home Latarbelakang Statistik Aktiviti KOnvensyen Pencapaian Kajian
Kajian
Kajian Lepak Kajian Tingkahlaku
ENGLISH
Perlembagaan
Fakta Asas
Kronologi
Kempen
Manual
Kelab
Galeri
Borang
Perutusan
Lagu Prostar
Pautan
Buku Pelawat

Kajian penilaian ini telah dilaksanakan oleh Kementarian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia. Matlamat utama kajian ini dijalankan ialah untuk menilai setakat mana aktiviti-aktiviti kelab Prostar dapat meningkatkan tahap pengetahuan, kesedaran dan sensitiviti remaja terhadap masalah HIV/AIDS


TUJUAN KAJIAN

Untuk melihat sejauhmana keberkesanan PROSTAR melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Kelab PROSTAR dapat meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan sensitiviti remaja terhadap masalah HIV/AIDS

OBJEKTIF KAJIAN

  • Meninjau pendedahan ahli kelab PROSTAR kepada sumber/maklumat HIV/AIDS

  • Meninjau penglibatan ahli kelab PROSTAR dalam aktiviti-aktiviti kelab

  • Meninjau keupayaan ahli kelab PROSTAR untuk menjadi pendidik rakan sebaya tentang pendidikan AIDS

PERSAMPELAN  DAN PEMILIHAN SAMPEL

Remaja yang berumur 13 25 tahun
Purposive Sampling
Terdiri daripada 3 kelompok:-

1)       ahli biasa kelab PROSTAR - (1844)

2)       fasilitator  - (506)

3)       bukan ahli kelab (remaja umum) (2173)

REKABENTUK KAJIAN

Remaja bukan ahli kelab sebagai sample kawalan untuk perbandingan .Impak pendidikan AIDS akan dibandingkan di kalangan 3 kelompok.

KAEDAH KAJIAN

  • Kaedah tinjauan untuk menjejak sebahagian daripada mereka yang telah mengikuti PROSTAR

  • Kaedah temubual kumpulan fokas mencungkil dengan mendalam pengalaman dan keberkesanan PROSTAR terhadap fasilitator

INSTRUMEN KAJIAN

1 set soal selidik yang telah di pra uji dan meliputi pengetahuan, sikap, stigma, tingkah laku, aktiviti masa lapang dan kemahiran komunikasi dan keorganisasian remaja berhubung dengan HIV/AIDS

KAWASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di seluruh negara dan dapat dibahagikan kepada lima zon seperti berikut:

1

Zon Tengah – Perak, Selangor dan Negeri Sembilan

2

Zon Utara – Pulau Pinang, Kedah dan Perlis

3

Zon Selatan – Melaka dan Johor

4

Zon Timur – Kelantan, Terengganu dan Pahang

5

Zon Sabah dan Sarawak

 JADUAL KERJA KAJIAN

1

Konsep dan penyediaan kajian

1 bulan

2

Kerja lapangan memungut data

2 bulan  (April dan Mei)

3

kerja koding data

1 bulan

4

Kerja analisis data

1 bulan

5

Menulis laporan awal

1 bulan

6

Menulis laporan akhir

1 bulan

PENEMUAN KAJIAN

  • Bukan Ahli PROSTAR tidak menyertai PROSTAR kerana tidak tahu (55%) dan tidak pernah dengar  (17%) tentang PROSTAR.

  • Simbol iklan PROSTAR kurang difahami, pemahaman di dapati lebih tinggi di kalangan ahli kelab berbanding bukan ahli.

Pendedahan maklumat AIDS lebih tinggi di kalangan ahli kelab berbanding bukan ahli.

  • 7 saluran maklumat pendidikan AIDS/PROSTAR ;

Iklan PROSTAR, Komik Johan & Geng, Komik PROSTAR, Buletin PROSTAR, Pameran AIDS, Ceramah AIDS dan Rakan Sebaya

  • Peranan komik dan buletin sebagai menyalur maklumat kurang berjaya kerana masalah penerbitan serta rangkaian pengedaran kurang meluas.

  • Kredibiliti ahli kelab sebagai sumber maklumat lebih tinggi berbanding bukan ahli.

  • Kepercayaan terhadap internet sebagai sumber maklumat AIDS adalah rendah. Internet boleh dijadikan sebagai saluran penyebaran maklumat untuk mewujudkan kesedaran sahaja.

  • Di kalangan ahli kelab, pendedahan kepada PROSTAR adalah melalui sekolah, hospital/klinik dan bukan melalui media massa.

  • Kesampaian maklumat tidak menjamin remaja sertai PROSTAR, yang penting dorongan dan sokongan peribadi rakan-rakan, guru-guru dan pemberi khidmat kesihatan.

  • Penglibatan ahli kelab (kekerapan) dalam aktiviti-aktiviti kelab PROSTAR

  • Sebanyak 54% fasilitator yang aktif manakala sebab-sebab fasilitator tidak aktif adalah kerana berpindah (11%), tidak ada sokongan (11%), tidak berminat (3%) dan tiada masa (21%).

  • Aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh fasilitator ialah ceramah, pameran, perkhemahan, kursus/latihan dan sukan.

  • Topik-topik utama yang disampaikan oleh fasilitator ialah mengenai AIDS secara umum, cara jangkitan HIV, cara pencegahan, kesan jangkitan, peranan masyarakat.

  • Topik-topik lain seperti perlakuan seks dan penyalahgunaan dadah kurang dibincangkan.

  • Bilangan ahli kelab yang berkeyakinan untuk bertindak sebagai pendidik rakan sebaya masih kecil (23-28%). Di kalangan fasilitator di sekitar 61%.

  • Fasilitator mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk merancang aktiviti pendidikan AIDS (menyampaikan maklumat tentang AIDS,  sebagai pendidik rakan sebaya dan mempengaruhi rakan sebaya) berbanding dengan ahli biasa kelab dan bukan ahli.

  • Pengetahuan remaja mengenai HIV/AIDS adalah tinggi. Peningkatan tahap pengetahuan boleh dilihat melalui soalan-soalan berikut:
  1. Penggunaan kondom boleh mengurangkan jangkitan HIV
    (Pengetahuan meningkat daripada 7% kepada 80%)

  2. Jangkitan HIV melalui suntikan dadah.
    (Pengetahuan meningkat daripada 75% kepada 98%

  3. Jangkitan melalui ibu yang HIV kepada bayinya
    (Pengetahuan meningkat daripada 35% kepada 97%)

Terdapat salah tanggapan mengenai perkara-perkara berikut:-

1.       Gigitan nyamuk boleh menyebabkan jangkitan HIV.

2.       Orang Asia kurang dijangkiti HIV berbanding orang Barat

3.       Hanya penagih dadah, pelacur dan homoseksual boleh dijangkiti HIV.

  • Remaja lebih peka terhadap perkongsian jarum suntikan sebagai salah satu punca jangkitan berbanding perlakuan seks.

  • Remaja mempunyai sikap yang positif terhadap pesakit AIDS. Walau bagaimanapun, stigma terhadap pesakit AIDS masih wujud (peringkat sederhana) terutama di kalangan bukan ahli (41%)

  • Remaja bukan ahli lebih banyak terbabit dengan tingkahlaku berisiko berbanding dengan ahli.

  • Ahli kelab (terutama ahli senior) lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti yang postitif pada masa lapang

CADANGAN

  1. Menjalankan promosi PROSTAR melalui media khusus yang diminati remaja seperti majalah humor, majalah hiburan, program MTV, ruangan radio.

  2. Permudahkan mesej tentang PROSTAR supaya matlamat dan aspirasinya mudah difahami dan mempengaruhi remaja menyertai kelab.

  3. Sentiasa menghubungi ahli-ahli kelab melalui suratberita seperti Buletin PROSTAR dengan lebih kerap untuk mengekalkan minat mereka secara berterusan.

  4. Aktiviti luar perlu digalakkan untuk memenuhi citarasa remaja yang perlukan aktiviti lasak dan mencabar.

  5. Pemilihan fasilitator perlu diberi perhatian supaya mereka yang berminat dan mempunyai masa dipilih.

  6. Latihan dan aktiviti PROSTAR tidak terlalu menumpukan kepada peningkatan pengetahuan dan perubahan sikap. Latihan keyakinan diri, kemahiran komunikasi secara interpersonal dan kemahiran keorganisasian perlu diberikan kepada fasilitator dan ahli.

  7. Perlu wujudkan kesinambungan keahlian kelab di peringkat sekolah, kilang, kampung, IPT dan daerah.

  8. Menangani isu AIDS secara pendekatan bersepadu. Memperluaskan aktiviti kelab kepada aspek kesihatan yang lain.

  9. Iktiraf keahlian kelab PROSTAR sebagai satu aktiviti ko-kurikulum di sekolah.