Back home Latarbelakang Statistik Aktiviti KOnvensyen Pencapaian Kajian
Aktiviti
Pendidikan Promosi Rekreasi Ekonomi Latihan Kebudayaan Komunikasi Sosial Aktiviti Tahunan Jambori
Kembara Simposium
ENGLISH
Prostarnet
Perlembagaan
Fakta Asas
Kronologi
Kempen
Manual
Kelab
Galeri
Borang
Perutusan
Lagu Prostar
Pautan
Buku Pelawat
Maklumbalas


Ahli-ahli Prostar sememangnya mampu untuk melakukan apa sahaja aktiviti. Dari mengendalikan Latihan PRS hingga ke kursus rekreasi. Dari aktiviti ekonomi hingga ke aktiviti keagamaan. Dari aktiviti promosi hinggalah ke aktiviti kebudayaan. Sebut sahaja aktiviti yang berfaedah, pasti PROSTARIAN mampu untuk melakukannya.


akt_lasak
 

Untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti pencegahan AIDS oleh PRS PROSTAR, sebuah organisasi bukan kerajaan yang dinamakan Kelab PROSTAR telah ditubuh dan didaftarkan pada 30 Jun 1997. Kelab PROSTAR mempunyai rangkaian cawangan di setiap negeri dan daerah. Ia dikendalikan oleh ahli kelab yang kebanyakkannya adalah remaja yang telah dilatih sebagai PRS PROSTAR.

Diantara aktiviti yang dilaksanakan oleh ahli Kelab PROSTAR termasuklah;

  • Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang.

  • Sesi kaunseling remaja.

  • Latihan PRS PROSTAR

  • Menerbit dan mengedarkan newsletter

  • Lain-lain aktiviti promosi seperti Laman Web PROSTAR, Kedai PROSTAR (salun, keropok dan cenderahati)

Pencapaian Aktiviti Promosi Kesihatan HIV/AIDS oleh PRS
Mengikut Tahun. 1997-2004
Aktiviti
1997
1998
1999
2000
2001
2002
2003
2004
2005
Total
Bilangan sesi
219
535
787
940
894
928
709
552
277
5,871
Bilangan Liputan
44,156
119,018
142,597
175,060
108,323
72,001
75,574
49,293
23,455
815,517

Sehingga Disember 2005 sebanyak 5,871 sesi aktiviti PROSTAR telah dilaksanakan dan seramai 815,157 orang remaja yang berumur 13 hingga 25 tahun telah turut serta dan mendapat maklumat HIV/AIDS melalui aktiviti yang disertai. Pada tahun 2005 sahaja sebanyak 277 aktiviti pencegahan AIDS oleh PRS yang telah dilaksanakan yang melibatkan seramai 23,455 orang remaja. Sehingga akhir tahun 2005 sebanyak 104 buah kelab PROSTAR telah ditubuhkan di daerah dan 2268 buah di sekolah menengah di seluruh negara.