Kempen AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun. Tarikh ini melambangkan kemajuan yang telah dikecapi dalam usaha membenteras HIV/AIDS dan usaha-usaha yang perlu digembeling dimasa hadapan.
Kempen AIDS Sedunia pada tahun ini memberikan penekanan kepada Wanita, Remaja Perempuan, HIV dan AIDS. Tenaga dan usaha akan difokuskan selama setahun untuk membenteras HIV/AIDS, mencegah jangkitan baru, menggalakkan peluang yang sama untuk mendapatkan rawatan dikalangan pesakit HIV/AIDS serta meringankan beban yang mereka tanggung selama ini.