“I CARE….DO YOU” adalah slogan untuk tahun kedua kempen AIDS Sedunia bagi tahun 2001 yang memberi fokus kepada peranan lelaki didalam usaha memerangi wabak HIV/AIDS. Slogan ini memberikan penekanan kepada peranan pemimpin dan golongan muda semasa berada diluar negeri untuk berbincangan mengenai isu pencegahan dan penjagaan kesihatan secara terbuka. Kempen ini melibatkan golongan lelaki terutama golongan muda, dalam usaha memerangi HIV/AIDS. Disamping itu, meningkatkan peranan pemimpin poilitik dalam usaha-usaha menangani masalah HIV/AIDS.
Wanita dari seluruh dunia menghadapi risiko dijangkiti HIV/AIDS adalah lebih tinggi disebabkan mereka tiada kuasa untuk menentukan dimana, bila dan bagaimana berlakunya hubungan seks. Kepercayaan dan norma kehidupan seumpama ini meletakkan lelaki dalam keadaan yang lebih bahaya untuk dijangkiti. Jangkitan HIV dan kematian AIDS dikalangan lelaki adalah tinggi disemua benua kecuali di kawasan Sub-Sahara Afrika. Golongan lelaki muda adalah lebih berisiko tinggi berbanding dengan golongan lebih tua. Satu dari empat individu yang dijangkiti HIV adalah golongan lelaki muda dibawah 25 tahun.
Sebahagian dari usaha untuk membenteras HIV/AIDS mestilah meliputi perubahan sikap dan tingkahlaku golongan lelaki muda khususnya dari aspek cara mana mereka menanggap risiko dan cara mereka bergaul untuk menjadi lelaki dewasa. Secara umumnya, lelaki diharapkan menjadi seorang yang gagah, berani, sanggup menyahut cabaran dan lasak. Anggapan ini jika ditafsirkan melalui perbuatan akan membahayakan kesihatan mereka dan pasanganGolongan lelaki pada hakikatnya kurang mendapatkan perkhidmatan kesihatan berbanding dengan wanita kecuali dibeberapa buah negara dimana jangka hayat waktu lahir adalah rendah dan kadar kematian sewaktu dewasa adalah lebih tinggi berbanding wanita. Tetapi bagi remaja yang dibesarkan dengan anggapan bahawa orang lelaki tidak boleh sakit lebih terdedah dengan risiko jangkitan penyakit. Untuk itu, perhatian perlu diberikan kepada keperluan kesihatan golongan lelaki termasuk mereka yang telah dijangkit HIV/AIDS.Terdapat bukti kukuh dimana golongan lelaki perlu lebih aktif dan terlibat dalam usaha-usaha memerangi HIV/AIDS.
Diseluruh dunia, didapati lelaki mempunyai lebih ramai pasangan seks berbanding wanita, termasuk hubungan seksual diluar perkahwinan yang seterusnya meningkatkan risiko pasangan seks atau isteri mereka yang sah dijangkiti HIV. Lebih 70% jangkitan HIV diseluruh dunia adalah menerusi hubungan seks lelaki dengan perempuan. Manakala 10% berlaku melalui hubungan diantara lelaki dengan lelaki dan selebihnya 5% berlaku dikalangan penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan yang mana majoritinya adalah lelaki. Kerahsiaan, stigma dan perasaan malu yang menyelubungi masalah HIV/AIDS ini merupakan kesan dari tingkahlaku begini.
Masalah stigma ini telah mendorong lebih ramai lelaki dan wanita dari mengakui hakikat bahawa mereka telah dijangkiti HIV.Dalam keadaan tertentu, lelaki lebih terdedah dengan risiko dijangkit HIV. Contoh dimana ramai golongan lelaki yang terpaksa berjauhan dengan isteri semata-mata untuk mencari pekerjaan. Dalam situasi begini dimana mereka sering kesunyian akan mendapatkan khidmat pelacur untuk memuaskan nafsu mereka dan juga mudah terjebak dengan masalah pengambilan dadah. Didalam situasi dimana lelaki akan tinggal dengan lelaki seperti dipenjara atau dalam angkatan tentera seringkali berpotensi untuk terjebak dengan homoseksual.
Semua ini bukan bermakna tiada usaha pencegahan untuk golongan wanita dan kanak-kanak, bahkan ianya sering melengkapi program pencegahan sedia ada. Usaha-usaha ini pada dasarnya akan meninggalkan kesan kepada kedua-dua lelaki dan wanita. |