Back home Latarbelakang Statistik Aktiviti KOnvensyen Pencapaian Kajian
Kempen
1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005
ENGLISH
Prostarnet
Perlembagaan
Fakta Asas
Kronologi
Kempen
Manual
Kelab
Galeri
Borang
Perutusan
Lagu Prostar
Pautan
Buku Pelawat
Maklumbalas
Kempen AIDS Sedunia 2000

Lelaki Membawa Perbezaan

Wanita menghadapi risiko jangkitan HIV. Mereka seringkali mempunyai kurang kawalan terhadap bila, dimana dan bagaimana perhubungan seks berlaku. Tetapi kepercayaan dan tanggapan “kelakian” juga boleh meningkatkan risiko jangkitan melalui hubungan seks yang berisiko dan pengambilan dadah secara suntikan. Ini seterusnya akan meningkatkan lagi tahap risiko mereka dan pasangan mereka untuk dijangkiti HIV/AIDS.

Ramai lelaki tidak mengamalkan tingkahlaku yang bahaya seperti diatas, tanpa lelaki, peluang untuk virus HIV merebak adalah tipis. Lebih 70% jangkitan HIV berlaku melalui hubungan seks diantara lelaki dan wanita, 10% melalui hubungan diantara lelaki. Selebihnya 5% berlaku dikalangan penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan. Empat dari lima adalah lelaki. Untuk itu usaha melibatkan lelaki dalam usaha mencegah HIV/AIDS adalah sangat wajar dan pasti meninggalkan kesan yang terbaik.

“Men make a difference” adalah bagi kempen AIDS Sedunia untuk tahun 2000 yang memberi penekanan kepada peranan lelaki dalam usaha membenteras AIDS. Kempen AIDS Sedunia tahun ini mempunyai tiga objektif utama;

  • Meningkatkan kesedaran bahawa terdapat perkaitan yang rapat diantara tingkahlaku lelaki dan jangkitan HIV

  • Menggalakkan golongan dewasa dan remaja lelaki meningkatkan k.omitmen untuk mencegah perebakan HIV dan memberikan perhatian serta kasih sayang yang sewajarnya kepada golongan yang telah dijangkiti.

  • Mewujudkan program pencegahan HIV yang memenuhi keperluan lelaki dan wanita

Diantara poster-poster yang dihasilkan sempena sambutan Hari AIDS Sedunia 2000
Hari AIDS sedunia :1996 | 1997 | 1998| 1999 | 2000 | 2001| 2002-2003| 2004|2005 |

   
banner bawah