World AIDS Campaign with Young People : Force For Change
Lebih 30 juta orang telah dijangkiti HIV. Sekurang-kurangnya sepertiga daripadanya terdiri dari kanak-kanak dan remaja berumur 10-24 tahun. Setiap hari seramai 7000 remaja dijangkiti virus HIV ini. Dalam kata lain, hampir 2.6 juta kes baru dikalangan remaja dijangkiti merangkumi 1.7 juta di Afrika dan 700,000 di Asia Pasifik. Keseluruhannya, lebih 50% terdiri daripada kanak-kanak dan di sesetengah negara melebihi 60%. Ini jelas menunjukkan bahawa masalah HIV/AIDS ini merebak dikalangan remaja.
Zaman remaja merupakan satu zaman yang penuh cabaran. Remaja gemar untuk mencuba, meneroka sesuatu yang baru dan mula mewujudkan hubungan lelaki dan perempuan. Perlakuan seks juga merupakan sebahagian dari penerokaan remaja ini. Mereka juga terdedah dengan pengaruh budaya liar serta penagihan dadah. Mereka keliru dengan dunia yang penuh dengan ranjau.
Media yang memaparkan imej dan mesej yang mengelirukan. Merokok, dadah, seks menjadi tontonan harian mereka. Mereka dinasihatkan supaya menjauhi perbuatan keji dan bahaya ini tetapi saban hari mereka didedahkan dengan iklan yang menggunakan seks sebagai daya penarik. Maklumat yang sebenarnya yang mereka harapkan tiada atau tersangat kurang. Untuk memburukkan lagi keadaan, golongan remaja ini seringkali tiada peluang untuk mendapatkan pendidikan seks yang sewajarnya.
Menurut UNICEF, remaja yang tertekan akibat keadaan, mereka ini tercicir dari pendidikan formal, tiada tempat tinggal, berkongsi jarum suntikan dadah dan terlibat dengan pelacuran. Apa yang jelas disini ialah golongan remaja ini dipinggirkan dari hak mereka untuk mendapatkan semua itu. Kesannya mereka lebih terdedah kepada jangkitan HIV/AIDS. Kesannya dapat dibukti di Zambia dimana 30% remaja yang mengandung diantara 15-19 tahun yang pergi ke klinik dijangkiti HIV. Manakala di India angka ini meningkat dari 2.3% kepada 3.5% dari tahun 1994 ke tahun 1996. |