Tema Hari AIDS Sedunia bagi tahun ini ( 1 Disember 1996 ) ialah “One World:One Hope” Satu Dunia : Satu Harapan” adalah hasil perbincangan dari Seminar Antarabangsa Mengenai AIDS yang diadakan di Vancouver pada Julai 1996. “ Ubat dan cara kombinasi rawatan yang baru membawa harapan kepada pesakit-pesakit HIV, sekurang-kurangnya dikalangan mereka yang mampu mendapatkan rawatan ini. Dr Peter Piot, Pengarah Urusan UNAIDS menyatakan “Dari aspek pencegahan, terdapat harapan baru. Cabarannya ialah supaya semua orang yang dijangkiti ini mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan rawatan.
Untuk pertama kalinya sejak wabak ini mula dikenalpasti 15 tahun lalu, kini terhadap usaha-usaha yang lebih optimis. Dunia kini mempunyai peluang untuk meredakan kemaraan wabak AIDS, kesengsaraan dapat dikurangkan mula menunjukkan kejayaan. Dengan bertemakan “One World. One Hope” Hari AIDS Sedunia tahun ini memberikan perhatian masyarakat terhadap wabak ini secara lebih serius. Hari AIDS Sedunia kini menjadi acara rasmi dibanyak negara. Ianya mendesak setiap golongan masyarakat supaya lebih terbuka untuk membincangkan isu-isu dan masalah yang dihadapi berkaitan dengan wabak AIDS. Adalah diharapkan agar hari seumpama ini akan dijadikan satu majlis yang diingati ramai.
Menurut sumber UNAIDS sebuah organisasi yang menyelaras tindakan pencegahan AIDS diperingkat antarabangsa, wabak AIDS kini mula menunjukkan ianya semakin mengganas. Lebih 22 juta golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak kini dijangkiti HIV/AIDS. Lebih 3/5 kes berlaku di Afrika dan 1/5 lagi di Asia yang mana majoritinya tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan rawatan terkini.
Setiap hari lebih 8,500 kes baru dikesan. Lebih 1000 terjadi dikalangan kanak-kanak di bawah 15 tahun. Selebihnya berlaku dalam kategori umur yang produktif. Dikalangan wanita pula menunjukkan peningkatan iaitu 42%. Lebih separuh darinya dikalangan remaja dibawah 25 tahun.
Keseluruhannya terdapat 8 juta yang merangkumi 1.5 juta kanak-kanak telah dijangkiti AIDS dan 6 juta orang telah meninggal dunia. Lebih 9 juta kanak-kanak yang kehilangan ibubapa kerana AIDS.Ianya bukanlah wabak dan ianya tidak akan hilang begitu sahaja. Di sesetengah negara penyakit ini mula menunjukkan taringnya. Ada yang diluar kawalan. Penemuan kaedah rawatan yang terkini dimana kombinasi ubat telah diperkenalkan mampu menyekat kemaraan AIDS, bahkan disesetengah pesakit ianya mampu mengurangkan bilangan virus ini dalam tubuh mereka.
Ubat yang dikenal sebagai zidovudine (AZT) juga mampu mengurangkan transmisi dari ibu yang mengandung kepada anak yang dilahirkan. Walaubagaimanapun oleh kerana kaedah rawatan ini melibatkan kos pengendalian dan rawatan yang tinggi, hanya segelintir sahaja pesakit yang mampu untuk mendapatkan kesannya. Dari aspek pencegahan, pelbagai langkah telah diambil yang menyarankan masyarakat mengamalkan cara hidup yang lebih selamat telah menunjukkan kesan yang positif.
Penggunaan kondom telah semakin menjadi popular. Golongan lelaki pula kini mempunyai bilangan pasangan seks yang semakin sedikit atau kurang mengunjungi pelacur. Kadar kejadian penyakit STD juga turut menurun.
Apa yang lebih penting, semua usaha-usaha ini adalah untuk mengurangkan perebakan jangkit an HIV/AIDS. Seluruh dunia kini berganding bahu, samada negara maju atau negara yang dilanda kemiskinan turut serta dalam aktiviti pencegahan dan promosi. |