Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja Malaysia [PROSTAR]
dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sokongan serta kerjasama agensi-agensi berkaitan dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja Malaysia. Kelab Prostar merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dengan pelbagai rangkaian atau cawangan di seluruh Malaysia. Semua remaja Malaysia layak untuk menyertai kelab
Remaja sering berhadapan pelbagai masalah sosial seperti masalah seksual, merokok dan dadah. Dapatkannya disini.
Melalui PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS), Pembimbing Rakan Sebaya PROSTAR yang terdiri daripada remaja terlatih, bertindak sebagai pemberi maklumat, membimbing serta mendidik remaja lain mengenai HIV/AIDS dan isu-isu berkaitan gejala sosial serta HIV/AIDS. Remaja yang dilengkapkan dengan maklumat tersebut dan berbekalkan ilmu pengetahuan yang luas menjadi pendinding remaja daripada jangkitan HIV.