Back home Latarbelakang Statistik Aktiviti KOnvensyen Pencapaian Kajian
Perlembagaan Perlembagaan PROSTAR
ENGLISH
Prostarnet
Perlembagaan
Fakta Asas
Kronologi
Kempen
Manual
Kelab
Galeri
Borang
Perutusan
Lagu Prostar
Pautan
Buku Pelawat
Maklumbalas

UNDANG-UNDANG
KELAB PROGRAM SIHAT TANPA AIDS UNTUK REMAJA MALAYSIA
(PROSTAR)

1. NAMA DAN ALAMAT TEMPAT URUSAN.

  1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama Kelab Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja Malaysia (PROSTAR). Selepas ini disebut “ KELAB PROSTAR”.

  2. Alamat berdaftar tempat urusan ialah di: d/a Cawangan AIDS/STD, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia, Tingkat1, Blok E, Jalan Dungun, Damansara Height, 50490 Kuala Lumpur atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa. Tempat urusan berdaftar tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

2. TUJUAN.

KELAB PROSTAR adalah sebuah pertubuhan yang berjuang untuk memastikan permasalahan AIDS serta gejala sosial di Malaysia dapat dibendung dengan aktiviti-aktiviti yang positif serta diterima oleh rakyat Malaysia.

  1. Melahirkan golongan pelapis remaja yang berketerampilan dan mempunyai ketahanan diri serta kekuatan mental yang mantap dalam menangani masalah AIDS dan gejala sosial yang lain.

  2. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja tentang bahaya jangkitan HIV, serta cara pencegahan dan kawalanya.

  3. Menanamkan sikap positif dan cara hidup sihat dikalangan remaja berlandaskan nilai-nilai murni dalam mencegah, membenteras dan menangani masalah HIV, AIDS dan gejala sosial negatif yang lain.

  4. Memupuk nilai kerohanian dan potensi kepimpinan remaja yang berkualiti, sihat dan cergas minda, inovatif serta berwawasan dan cintakan negara.

  5. Melahirkan generasi remaja yang bermaruah, mampan serta bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

  6. Melatih fasilitator, perunding dan kaunselor remaja yang berwibawa dalam menyatupadukan usaha membenteras dan menentang ancaman AIDS kepada generasi remaja.

  7. Mengadakan kempen, pameran, seminar, latihan yang bercorak pembelajaran dan penerangan sebagai penyampai maklumat.

  8. Menjalankan aktiviti kebajikan, amal dan sosial.

  9. Mengadakan tabung KELAB PROSTAR untuk menjalankan aktiviti KELAB PROSTAR dan sebagai bantuan kepada pertubuhan bukan kerajaan lain yang berdaftar dengan pendaftaran pertubuhan.

  10. Menggalakan penubuhan cawangan dan mengawasi kerja yang dijalankan oleh mereka termasuklah mendapatkan ahli-ahli , melatih serta menyelengara pelbagai kegiatan KELAB PROSTAR.

  11. Mewakili remaja dan belia di persidangan didalam dan diluar negeri yang berkaitan dengan HIV/AIDS.

  12. Berkerjasama dan mengeratkan hubungan dengan mana-mana badan yang mempunyai tujuan yang sejajar dengan KELAB PROSTAR tanpa mengira kaum bagi mengwujudkan rasa persahabatan dan harmoni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

3. LOGO.

  1. Logo KELAB PROSTAR berbentuk perkataan PROSTAR yang merupakan singkatan perkataan Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja.

  2. Huruf 'S' melambangkan objek manusia yang bergerak aktif menyertai program ini.

  3. Dot di atas huruf 'S' melambangkan kepala manusia dan mengingatkan tentang bahaya yang boleh meracuni kehidupan manusia.

  4. Penggunaan warna merah pada huruf-huruf dan dot tersebut melambangkan betapa seriusnya PROSTAR dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS.

atas

4. KEAHLIAN.

(1) Keahlian PROSTAR terbahagi kepada empat kategori

(a) Ahli Biasa: Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas. Ahli biasa berhak mengundi dan memegang jawatan dalam KELAB PROSTAR.

(b) Ahli Muda: Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 13 tahun hingga 17 tahun dengan syarat pemohon dapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah dan Pengetua Sekolah terlebih dahulu. Ahli muda tidak berhak mengundi dan memegang jawatan. Ahli muda secara otomatik menjadi ahli biasa setelah mencapai umur 18 tahun

(c) Ahli Kehormat: Ahli kehormat adalah secara lantikan oleh Jawatankuasa yang tidak berhak mengundi dan memegang jawatan.

(d) Ahli Seumur Hidup: Ahli seumur hidup terbuka kepada Ahli Biasa yang berhak mengundi dan memegang jawatan dalam KELAB PROSTAR.

(2) Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa KELAB PROSTAR peringkat Negeri/Daerah. Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat menggunakan borang rasmi KELAB PROSTAR.

(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah dilulus seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditentukan diterima menjadi ahli KELAB PROSTAR dan berhaklah ia sebagai ahli.

(4) Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti boleh diterima menjadi ahli KELAB PROSTAR setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada pentadbir Universiti atau Kolej yang berkenaan

atas

5. BAYARAN KEMASUKAN, YURAN DAN BAYARAN LAIN.

(1) Bayaran kemasukan dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

Keahlian Yuran Masuk Yuran Tahunan
Ahli Biasa RM 2.00 RM 2.00
Ahli Muda RM 2.00 Tiada
Ahli Seumur Hidup RM 30.00 Tiada
Ahli Kehormat Tiada Tiada
 

(2) Yuran masuk hendaklah dibayar kepada Bendahari di peringkat Jawatankuasa Negeri/Daerah semasa penyerahan borang keahlian. Sekiranya permohonan keahlian ditolak, yuran masuk akan dikembalikan.

(3) Yuran Tahunan hendaklah dibayar kepada bendahari KELAB PROSTAR. Yuran ini hendaklah dibayar terlebih dahulu tidak lewat dari 31 Januari tiap-tiap tahun.

(4) Ahli yang membiarkan hutang yuran tahunannya lebih daripada tiga(3) bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar.

(5) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada enam(6) bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli KELAB PROSTAR dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil keatasnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(2) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

atas

6. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI.

  1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli KELAB PROSTAR hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutangnya.

  2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang KELAB PROSTAR atau bertindak dalam cara yang mencemarkan nama baik KELAB PROSTAR bolehlah dipecat atau digantung keahliannya dalam suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatakuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara betulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk menerangkan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan ini hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu, atas rayuan oleh ahli tersebut.

atas

7. MESYUARAT AGONG

(1) Mesyuarat Agong PROSTAR Peringkat National.

(a) Pengelolaan KELAB PROSTAR ini terserah kepada Mesyuarat Agong. Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli yang berhak mengundi atau tiga kali ganda ahli Jawatankuasa Induk mengikut mana yang kurang hendaklah hadir didalam Mesyuarat Agong bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan untuk bermesyuarat.

(b) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripda waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak melebih daripada 30 hari) ang ditetapkan oleh Jawatankuasa ; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah Perlembagaan KELAB PROSTAR dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(c) Mesyuarat Agong Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh ahli Jawatankuasa Induk dengan syarat tidak lewat daripada 18 (lapanbelas) bulan dari tarikh mesyuarat agong yang lalu. Mesyuarat Agong diperingkat ini hendaklah dilakukan mengikut tertib iaitu Mesyuarat Agong peringkat Daerah hendaklah dilakukan sebelum Mesyuarat Agong peringkat Negeri dan Mesyuarat Agong peringkat negeri dilakukan sebelum Mesyuarat Agong peringkat Nasional. Melalui mesyuarat-mesyuarat agung ini, pemilihan ahli ke setiap peringkat Mesyuarat Agong hendaklah dilakukan dan bilangan perwakilan kepada setiap peringkat adalah ditentukan oleh pentadbiran KELAB PROSTAR Induk yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa. Peruntukan Perlembagaan KELAB PROSTAR hendaklah digunakan.

(d) Agenda Mesyuarat Agong Tahunan hendaklah:

i. Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agong yang lalu.

ii. Membentang dan menerima Laporan Jawatankuasa Induk berkenaan aktiviti KELAB PROSTAR bagi tahun yang lalu.

iii. Membentang dan menerima Laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu.

iv. Memilih Ahli Jawatankuasa Induk dan pemeriksa kira-kira secara dwi tahunan.

v. Membentang dan membahaskan usul jika ada.

(e) Notis mesyuarat bersama salinan penyata kira-kira tahunan bagi tahun yang lalu yang sempurna diaudit hendaklah dihantar sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agong Tahunan diadakan.

(2) Mesyuarat Agong Khas.

(a) Mesyuarat Agong Khas hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada dua yang berikut:

i. Dengan permintaan bertulis daripada dua pertiga(2/3) Ahli-ahli Jawatankuasa Induk.ii. Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 1/5 ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agong.

 

(b) Mesyuarat Agong Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu(1) bulan daripada tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. Notis hendaklah dihantar sekurang-kurangnya empat belas(14) hari sebelum Mesyuarat Agong Khas diadakan.

(c) Jika korum tidak mengcukupi selepas setengah(1/2) jam dari waktu yang telah ditetapkan, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan. Dalam masa enam(6) bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agong Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

atas

8. JAWATANKUASA.

(1) Jawatankuasa Induk

(a) Satu Jawatankuasa yang dinamakan pegawai KELAB PROSTAR hendaklah dipilih didalam Mesyuarat Agong Tahunan Peringkat Nasional secara dwi-tahunan.

Seorang Presiden.

Seorang Timbalan Presiden.

Seorang Bendahari Induk

Seorang Penolong Setiausaha Agong

8 Orang Ahli Jawatankuasa Biasa.

(b) Presiden boleh melantik sesiapa sahaja dari kalangan Ahli Biasa untuk memegang jawatan Setiausaha Agong.

(c) Jawatankuasa boleh melantik tidak lebih tujuh(7) orang dari kalangan Ahli Biasa sebagai Ahli Jawatankuasa Biasa tambahan.

(d) Seorang ahli Jawatankuasa Induk tidak boleh memegang lebih dari satu (1) jawatan Jawatankuasa Induk tersebut.

(e) Semua ahli Jawatankuasa Induk akan dipilih dari kalangan Ahli Biasa KELAB PROSTAR .

(f) Jawatankuasa Induk akan mengadakan sekurang-kurangnya tiga (3) kali mesyuarat dalam setahun. Notis mesyuarat hendaklah diberikan sekurang kurangnya 5 hari terlebih dahulu.

(g) Korum untuk sesuatu mesyuarat adalah tujuh (7) orang ahli Jawatankuasa Induk.

(h) Seorang ahli Jawatankuasa Induk yang tidak hadir tiga (3) mesyuarat berturut-turut tanpa memberi sebab secara bertulis kepada Setiausaha Agong dengan sendirinya gugur dari menjadi ahli Jawatankuasa tersebut. Jika sekiranya di mesyuarat ke tiga, penerangan bertulis diberikan, tindakan akan diambil mengikut keputusan majoriti Ahli Jawatanlkuasa Induk. Apa-apa rayuan hanya boleh ditujukan kepada Presiden.

atas

9. TUGAS PEMEGANG JAWATAN PERINGKAT INDUK

(1) Presiden

(a) Presiden diberi kuasa :

i. Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Induk.

ii. Mempengerusikan semua Mesyuarat Agong dan mesyuarat Jawatankuasa Induk.

iii. Mempunyai undi pemutus dan menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.

iv. Mengeluarkan kenyataan umum bagi pihak KELAB PROSTAR.

v. Menandatangani cek bersama-sama Bendahari bagi akaun yang dibuka dengan bank atas nama Jawatankuasa Induk.

(2) Timbalan Presiden

(a) Timbalan Presiden hendaklah:

i. Membantu Presiden dalam menjalankan tugas-tugasnya.

ii. Menggantikan Presiden jika jawatan Presiden itu kosong dan mengambil segala tugas dan kuasanya mengikut Fasal 9(1) (a)
 

(3) Setiausaha Agong

(a) Setiausaha Agong hendaklah:

i. Menguruskan pentadbiran KELAB PROSTAR sepertimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa Induk.

ii. Menyediakan semua minit mesyuarat KELAB PROSTAR dan mengedarkannya. Minit tersebut hendaklah diedarkan dalam tempoh empat(4) minggu setelah diadakan Mesyuarat Agong Tahunan dan dua(2) minggu selepas Mesyuarat Agong Khas.

iii. Mencatat dan menyiapkan minit semua mesyuarat Jawatankuasa Induk serta mengedarkannya.

iv. Menjalankan urusan surat menyurat KELAB PROSTAR.

v. Menyedia dan mengemukakan Penyata Tahunan KELAB PROSTAR bagi pihak Jawatankuasa Induk dan mengedarkannya. Laporan tersebut hendaklah diedarkan sekurang-kurangnya dua(2) minggu sebelum hari pertama Mesyuarat Agong Tahunan.

vi. Menghantar notis sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Agong dan dua puluh satu(21) hari sebelum Mesyuarat Agong Khas.

vii. Menghantar notis kepada ahli-ahli Jawatankuasa Induk tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa tersebut.

viii. Menjadi Pengerusi kepada Jawatankuasa Pengurusan Mesyuarat Agong Tahunan dan Mesyuarat Agong Khas.

ix. Menyimpan buku daftar ahli.

x. Menghantar penyata tahunan PROSTAR kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966 dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh Mesyuarat Agong Tahunan.

atas

(4) Bendahari

(a) Bendahari hendaklah:

i. Bertanggungjawab diatas kesempurnaan perjalanan kewangan Jawatankuasa Induk.

ii. Menjadi pengerusi Jawatankuasa Kewangan.

iii. Menyediakan Penyata Kewangan kepada Jawatankuasa Induk untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik oleh Mesyuarat Agong.

iv. Membentangkan Penyata Kewangan yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira semasa Mesyuarat Agong.

v. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Induk harta benda milik KELAB PROSTAR dan Pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun.

vi. Menandatangani semua cek bersama-sama Presiden atau Setiausaha Agong bagi akaun yang dibuka dalam bank atas nama Jawatankuasa Induk.

vii. Menerima semua bayaran untuk KELAB PROSTAR dan menyimpan bayaran-bayaran tersebut ke dalam akaun atas nama Jawatankuasa Induk.

viii. Menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM1,500.00.

(5) Penolong Setiausaha Agong

(a) Penolong Setiausaha Agong hendaklah:

i. Membantu dan bertindak sebagai Setiausaha Agong dimasa ketiadaannya.

ii. Menyimpan segala catatan dan rekod-rekod KELAB PROSTAR.

iii. Menolong Setiausaha Agong mencatat dan menyiapkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Induk.

iv. Mengambil alih segala tanggungjawab dan tugas Setiausaha Agong sekiranya jawatan itu kosong dan sebelum jawatan itu dipenuhkan.

v. Menolong Setiausaha Agong dalam menjalankan tugas-tugasnya.

atas

(6) Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Induk menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

(7) Penubuhan-penubuhan Biro Peringkat Jawatankuasa Induk

(a) Ahli-ahli yang dilantik bolehlah menjadi Pengerusi Jawatankuasa yang ditetapkan kemudian oleh Jawatankuasa Induk sekiranya keperluan jawatankuasa-jawatankuasa diperlukan.

(b) Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan Jawatankuasa yang ditetapkan.

(c) Menasihati Jawatankuasa Induk dalam bidang yang berkaitan.

(d) Melaksanakan tugas-tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Induk dari masa ke semasa.

atas

10. KEWANGAN

  1. Bayaran kemasukan dan yuran tahunan yang dibayar oleh ahli KELAB PROSTAR adalah seperti fasal 5 (1).

  2. Tahun Kewangan KELAB PROSTAR bermula pada 01 Januari hingga 31Disember tiap-tiap tahun.

  3. Wang KELAB PROSTAR ini boleh digunakan bagi menjalankan tujuan KELAB PROSTAR, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai dan kakitangan serta upah pemeriksa kira-kira.

  4. Bendahari Induk dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 1,500.00 (Ringgit Satu Ribu Lima Ratus) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa. Akaun bank itu hendaklah di atas nama KELAB PROSTAR.

  5. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun KELAB PROSTAR hendaklah ditandatangani oleh dua (2) orang pemegang jawatan berikut iaitu Bendahari Induk dan Presiden atau Setiausaha Agong.

  6. Perbelanjaan yang lebih dari RM 15,000.00 (Ringgit Lima Belas Ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Induk terlebih dahulu. Perbelanjaan yang lebih dari RM 50,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat persetujuan Mesyuarat Agong Tahunan terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang RM15,000.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha Agong dan Bendahari Induk.

  7. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik mengikut fasal 11 dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agong Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli yang lain.

  8. Semua jumlah wang yang diterima oleh KELAB PROSTAR termasuklah semua yuran wajib dan sukarela yang diterima daripada ahli, semua derma dan sumbangan yang diterima atas nama KELAB PROSTAR dan Lain-lain kutipan dan hasil yang tidak bertentangan dengan tujuan penubuhan KELAB PROSTAR.

  9. Simpanan wang KELAB PROSTAR di bank hendaklah dibuat diatas KELAB PROSTAR.

atas

11. PEMERIKSAAN KIRA-KIRA

Dua orang yang bukannya pegawai KELAB PROSTAR boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agong Tahunan dua tahun sekali sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan ini selama setahun dan tidak boleh dilantik semula.

Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira KELAB PROSTAR bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira KELAB PROSTAR bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Induk.

atas

12. PEMEGANG AMANAH

  1. Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih dari 21 tahun hendaklah dilantik (jika perlu) di dalam Mesyuarat Agong dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh KELAB PROSTAR. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan KELAB PROSTAR dengan menandatangani suatu surat amanah ( Deed of Trust)

  2. Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan milik harta kepunyaan KELAB PROSTAR dengan tidak atau persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agong KELAB PROSTAR.

  3. Seorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung atas sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang pemegang Amanah, maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pemegang Amanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agung.

atas

13. PENAUNG/PENASIHAT

  1. Y.B. Menteri Kesihatan Malaysia adalah merupakan penaung kepada KELAB PROSTAR. Bagi peringkat Negeri dan Daerah, penaung-penaung bolehlah dipilih sekiranya difikirkan perlu.

  2. Penasihat Teknikal dan Pentadbiran di peringkat Nasional adalah Timbalan Pengarah Cawangan AIDS/STD, Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi Cawangan Negeri dan Daerah, penasihat adalah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia.

  3. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penaung/Penasihat bagi Kelab itu dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis.

atas

14. TATATERTIB

  1. Apabila Jawatankuasa Induk mendapat aduan mengenai apa-apa kes disiplin terhadap mana-mana ahli, maka Jawatankuasa Induk bolehlah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyiasat untuk membuat siasatan awal terhadap aduan demikian. Apabila Jawatankuasa Induk berpuashati dengan hasil siasatan Jawatankuasa Penyiasat, Jawatankuasa Induk bolehlah menubuhkan Jawatankuasa Tatatertib.

  2. Jawatankuasa Tatatertib hendaklah dilantik oleh Jawatankuasa Induk. Tempoh Jawatankuasa Tatatertib ini hendaklah selama kes itu dibicarakan.

  3. Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mengikut cara-cara yang biasa dilakukan dalam membicarakan kes-kes disiplin dan ia mempunyai kuasa yang cukup untuk mengambil mana-mana satu tindakan berikut apabila sabit kesalahan seseorang ahli.

  4. (i) Memberi amaran tidak lebih dari dua (2) kali.

    (ii) Menggantung jawatan di dalam pertubuhan untuk selama tidak lebih dari setahun.

    (iii) Menggantung keanggotaan untuk selama tidak lebih dari setahun.

    (iv) Memecat keanggotaan

(4) Jika seseorang itu digantung jawatannya selama masa yang pada fikiran Jawatankuasa Tatatertib memerlukan jawatannya diisi, maka Jawatankuasa Tatatertib bolehlah menasihati Jawatankuasa Induk supaya mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengisi jawatan tersebut.

(5) Seseorang ahli KELAB PROSTAR boleh di ambil tindakan tatatertib terhadapnya apabila ia didapati sabit melakukan mana-mana satu atau lebih perkara-perkara berikut :-

I. Melakukan jenayah mengikut pandangan Undang-Undang/Syarak.

II. Mengkhianati, samada secara langsung atau tidak langsung amanah KELAB PROSTAR yang diserahkan kepadanya.

III. Mencuba dengan apa jua cara yang digunakan untuk menghalang atau menggagalkan dasar, rancangan, program dan perencanaan yang ditetapkan oleh KELAB PROSTAR.

IV. Bertindak dengan apa jua cara yang digunakan dengan tujuan untuk memburukkan nama baik KELAB PROSTAR.

V. Bertindak dengan apa jua cara yang digunakan untuk menimbulkan fitnah di kalangan anggota dan di dalam KELAB PROSTAR.

VI. Bersubahat dengan seseorang atau lebih atau mana-mana kumpulan dalam mana-mana satu atau lebih perkara-perkara 14 (5) (I) hingga 14 (5) (v).

(6) Seseorang yang telah dibicarakan dan telah sabit kesalahan dan telah dijatuhkan ke atasnya mana-mana satu dari tindakan tatatertib seperti dalam Fasal 14 (3) di atas, dan jika ia tidak berpuas hati dengan apa-apa jua yang berhubung dengan kes perbicaraannya itu, maka bolehlah dalam tempoh dua (2) minggu selepas selesai perbicaraan membuat rayuan kepada Jawatankuasa Induk yang akan meneliti rayuan itu dan membuat keputusan yang muktamad mengenainya.

atas

15. PEMBUBARAN

  1. KELAB PROSTAR hanya boleh dibubarkan setelah mendapat persetujuan tidak kurang daripada dua per tiga (2/3) jumlah semua ahli KELAB PROSTAR yang hadir di dalam suatu Mesyuarat Khas yang dipanggil khas kerananya.

  2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebut diatas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Khas berkenaan.

  3. Kenyataan mengenai pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 14 hari daripada tarikh pembubaran itu.

atas

16. PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN

  1. Jawatankuasa Induk boleh membenarkan penubuhan cawangan di peringkat Negeri dan Daerah yang mempunyai sekurang-kurangnya 30 orang ahli biasa KELAB PROSTAR. Penubuhan Cawangan hendaklah dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu

  2. Jawatankuasa Induk boleh membubarkan Cawangan Negeri/Daerah jika

    (a) bilangan anggota dalam masa enam (6) bulan berturut-turut kurang daripada 30 orang ahli biasa, atau

    (b) jika KELAB PROSTAR peringkat Negeri/Daerah tidak patuh kepada undang-undang atau Jawatankuasa Induk atau difikirkan bersalah oleh Jawatankuasa Induk kerana perbuatan merosakkan KELAB PROSTAR..

  1. Keputusan membubarkan KELAB PROSTAR peringkat Negeri/Daerah hendaklah dengan undi terbanyak di dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk dengan syarat sebelum mengambil keputusan untuk membubarkan KELAB PROSTAR peringkat Negeri/Daerah dengan sebab yang disebutkan di dalam Fasal 16(2) (b). KELAB PROSTAR peringkat Negeri/Daerah yang berkenaan hendaklah diberi satu kenyataan tiga puluh (30) hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan.

  2. Perintah-perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agong. KELAB PROSTAR peringkat Negeri/Daerah tidak boleh dijalankan bermula dari tarikh penerimaan perintah kecuali kerana urusan berkenaan pembubaran. Sebarang kemuskilan KELAB PROSTAR Negeri/Daerah yang di perintah pembubaran ini boleh dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agong di dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada penerimaan perintah, membuat rayuan kepada Mesyuarat Agong Tahunan. Walaupun rayuan telah dibuat, namun perintah pembubaran masih berjalan kuasanya sehingga dibatalkan tetapi dalam keadaan demikian, Jawatankuasa Induk boleh melantik satu Jawatankuasa Pengurus daripada ahli-ahli untuk menguruskan hal-hal KELAB PROSTAR peringkat Negeri/Daerah itu sementara rayuan dipertimbangkan.

  3. Jika sesuatu KELAB PROSTAR Negeri/Daerah ditutup atas kerana sebab yang disebutkan pada Fasal 16 (2) dalam peraturan ini, maka Jawatankuasa Induk hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada kepada KELAB PROSTAR peringkat Negeri/Daerah yang paling hampir sekali. Jika KELAB PROSTAR peringkat Negeri/Daerah ditutup kerana sebab yang disebutkan dalam Fasal 16 (2) (b) peraturan ini, maka ahli-ahli berkenaan akan terhenti daripada menjadi ahli KELAB PROSTAR.

  4. Adalah menjadi tanggungan kepada Yang Dipertua/Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi KELAB PROSTAR peringkat Negeri/Daerah ini untuk menyelaraskan kepada Setiausaha Agong segala buku, rekod dan lain-lain harta yang dimiliki oleh KELAB PROSTAR peringkat Negeri/Daerah, beserta dengan satu keterangan kira-kira KELAB PROSTAR peringkat Negeri/Daerah mulai dari tarikh akhir penyata itu dihantarkan sehingga tarikh penutupan.

atas

17. MESYUARAT AGONG CAWANGAN

(1) Mesyuarat Agong Tahunan peringkat Negeri/ Wilayah Persekutuan.

Mesyuarat Agong Tahunan diperingkat Negeri/ Wilayah Persekutuan hendaklah dilakukan mengikut tertib iaitu sebelum bulan April. Kerja Mesyuarat Agong Tahunan ialah :

i. Menerima Laporan Kerja Tahunan dari Setiausaha Cawangan.
ii. Menerima penyata Kira-Kira Tahunan.
iii. Memilih Ahli Ahli Jawatankuasa Negeri bagi 2 tahun sekali
iv. Membincangkan hal-hal lain.

(2) Mesyuarat Agung Tahunan peringkat Daerah

Keperluan Mesyuarat Agong Tahunan peringkat Daerah hendaklah diadakan sebelum bulan Mac. Kerja Mesyuarat Agong Tahunan ialah :

i. Menerima Laporan Kerja Tahunan dari Setiausaha Cawangan.
ii. Menerima penyata Kira-Kira Tahunan.
iii. Memilih Ahli Ahli Jawatankuasa Daerah bagi 2 tahun sekali
iv. Membincangkan hal-hal lain.

 

(3) Notis, agenda dan penyata kira-kira tahunan bagi tahun lalu yang sempurna di audit hendaklah di edarkan kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat agong tahunan.

atas

18. JAWATANKUASA CAWANGAN

(1) Jawatankuasa Negeri/Wilayah Persekutuan

(a) Satu Jawatankuasa yang dinamakan pegawai PROSTAR peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan hendaklah dipilih didalam Mesyuarat Agong Tahunan Peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan secara dwi-tahunan.

Yang Dipertua Cawangan Negeri
Timbalan Yang Dipertua Cawangan Negeri
Bendahari Cawangan Negeri
Penolong Setiausaha Cawangan Negeri
Lima(5) orang Ahli Jawatankuasa Biasa Negeri

 

(b) Yang Dipertua perlu melantik sesiapa sahaja dari kalangan ahli biasa untuk memegang jawatan Setiausaha Cawangan.

(c) Jawatankuasa boleh melantik tidak lebih 5 orang dari kalangan ahli biasa sebagai Ahli Jawatankuasa Biasa.

(d) Jawatankuasa mengendalikan segala urusan di peringkat Negeri termasuk;

i. Menyelaraskan kerja-kerja yang dijalankan oleh Jawatankuasa peringkat Daerah.

ii. Menjalankan kegiatan-kegiatan KELAB PROSTAR di peringkat Negeri/Wilayah.

iii. Menerima arahan daripada Jawatankuasa Induk dari masa ke semasa.

iv. Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa.

(2) Jawatankuasa Daerah

(a) Satu Jawatankuasa yang dinamakan pegawai KELAB PROSTAR peringkat Daerah hendaklah dipilih 2 tahun sekali didalam Mesyuarat Agong Tahunan Peringkat Daerah. Ahli-ahli Jawatankuasa peringkat Daerah terdiri daripada :-

Pengerusi Daerah
Timbalan Pengerusi Daerah
Setiausaha Daerah
Bendahari Daerah
Penolong Setiausaha Daerah
Lima (5) orang ahli Jawatankuasa Biasa Daerah.

(b) Semua Ahli Jawatankuasa Daerah akan dipilih oleh ahli biasa di Mesyuarat Agong peringkat Daerah.

(c) Jawatankuasa Daerah boleh melantik tidak lebih 5 orang dari kalangan ahli biasa sebagai Ahli Jawatankuasa Biasa.

(d) Jawatankuasa mengendalikan segala urusan di peringkat Daerah termasuk;

i. menyelaraskan kerja-kerja yang dijalankan diperingkat Daerah.

ii. menjalankan kegiatan-kegiatan KELAB PROSTAR di peringkat Daerah.

iii. menerima arahan daripada Jawatankuasa Negeri dari masa ke semasa.

iv. mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa.

v. mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan peringkat Daerah.

vi. mengadakan kursus-kursus atau seminar yang berkaitan dengan HIV/AIDS.

atas

19. TUGAS PEMEGANG JAWATAN CAWANGAN PERINGKAT NEGERI / WILAYAH PERSEKUTUAN.

(1) Yang Dipertua

(a) Yang Dipertua diberi kuasa :

i. Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan.

ii. Mempengerusikan semua Mesyuarat Agong Negeri dan mesyuarat Jawatankuasa.

iii. Mempunyai undi pemutus dan menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.

iv. Mengeluarkan kenyataan umum bagi pihak KELAB PROSTAR NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN.

(2) Timbalan Yang Dipertua

(a) Timbalan Yang Dipertua hendaklah:

i. Membantu Yang Dipertua dalam menjalankan tugas-tugasnya.

ii. Menggantikan Yang Dipertua jika jawatan Yang Dipertua itu kosong dan mengambil segala tugas dan kuasanya mengikut 19 (1) (a)

 

(3) Setiausaha

(a) Setiausaha hendaklah:

i. Menguruskan pentadbiran KELAB PROSTAR sepertimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa Peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan.

ii. Menyediakan semua minit mesyuarat KELAB PROSTAR dan mengedarkannya. Minit tersebut hendaklah diedarkan dalam tempoh empat(4) minggu setelah diadakan Mesyuarat Agong Tahunan.

iii. Mencatat dan menyiapkan minit semua mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan serta mengedarkannya.

iv. Menjalankan urusan surat menyurat KELAB PROSTAR.

v. Menyedia dan mengemukakan Penyata Tahunan KELAB PROSTAR bagi pihak Jawatankuasa Peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan dan mengedarkannya. Laporan tersebut hendaklah diedarkan sekurang-kurangnya dua(2) minggu sebelum hari pertama Mesyuarat Agong Tahunan.

vi. Menghantar notis sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Agong.

vii. Menghantar notis kepada ahli-ahli Jawatankuasa Peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa tersebut. Korum bagi mesyuarat Jawatankuasa ialah separuh dari jumlah Ahli Jawatankuasa.

viii. Menjadi Pengerusi kepada Jawatankuasa Pengurusan Mesyuarat Agong Cawangan Tahunan.

ix. Menyimpan buku daftar ahli.

x. Menghantar penyata tahunan KELAB PROSTAR kepada Setiausaha Agong Jawatankuasa Induk

xi. Mengetuai pentadbiran KELAB PROSTAR sepertimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa Negeri/Wilayah Persekutuan

xii. Menjalankan urusan surat menyurat KELAB PROSTAR

(b) Setiausaha diberikuasa:

i. Dibenar memberi kenyataan mengenai KELAB PROSTAR dengan kebenaran Yang Dipertua Negeri.

(4) Bendahari

(a) Bendahari hendaklah:

i. Bertanggungjawab diatas kesempurnaan perjalanan kewangan Jawatankuasa Negeri/Wilayah Persekutuan.

ii. Menjadi pengerusi Jawatankuasa Kewangan.

iii. Menyediakan Penyata Kewangan kepada Jawatankuasa Negeri/Wilayah Persekutuan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik oleh Mesyuarat Agong.

iv. Membentangkan Penyata Kewangan yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira semasa Mesyuarat Agong Negeri.

v. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Negeri/Wilayah Persekutuan harta benda milik KELAB PROSTAR dan Pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun.

vi. Menerima semua bayaran untuk KELAB PROSTAR dan menyimpan bayaran-bayaran tersebut ke dalam akaun atas nama Cawangan Negeri/Wilayah Persekutuan.

vii. Menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 500.00.

(5) Penolong Setiausaha

(a) Penolong Setiausaha hendaklah:

i. Membantu dan bertindak sebagai Setiausaha dimasa ketiadaannya.

ii. Menyimpan segala catatan dan rekod-rekod KELAB PROSTAR.

iii. Menolong Setiausaha mencatat dan menyiapkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Negeri/ Wilayah Persekutuan.

iv. Mengambil alih segala tanggungjawab dan tugas Setiausaha sekiranya jawatan itu kosong dan sebelum jawatan itu dipenuhkan.

v. Menolong Setiausaha dalam menjalankan tugas-tugasnya.

(6) Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Negeri/Wilayah Persekutuan menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

(7) Penubuhan-penubuhan Biro Peringkat Jawatankuasa Negeri/WilayahPersekutuan

(a) Ahli-ahli yang dilantik bolehlah menjadi Pengerusi Jawatankuasa kecil yang ditetapkan kemudian oleh Jawatankuasa Negeri/Wilayah Persekutuan sekiranya keperluan jawatankuasa-jawatankuasa diperlukan.

(b) Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan jawatankuasa yang ditetapkan.

(c) Menasihati Jawatankuasa Negeri/Wilayah Persekutuan dalam bidang yang berkaitan.

(d) Melaksanakan tugas-tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Negeri/Wilayah Persekutuan dari masa ke semasa.

atas

20. TUGAS PEMEGANG JAWATAN PERINGKAT DAERAH

(1) Pengerusi

(a) Pengerusi diberi kuasa :

i. Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Daerah.

ii. Mempengerusikan semua Mesyuarat Agong dan mesyuarat Jawatankuasa Daerah.

iii. Mempunyai undi pemutus dan menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.

 

(2) Timbalan Pengerusi

(a) Timbalan Pengerusi hendaklah:

i. Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas-tugasnya.

ii. Menggantikan Pengerusi jika jawatan Pengerusi itu kosong dan mengambil segala tugas dan kuasanya mengikut Fasal 20 (1)(a)

(3) Setiausaha

(a) Setiausaha hendaklah:

i. Menguruskan pentadbiran KELAB PROSTAR sepertimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa Peringkat Daerah.

ii. Menyediakan semua minit mesyuarat KELAB PROSTAR dan mengedarkannya. Minit tersebut hendaklah diedarkan dalam tempoh empat(4) minggu setelah diadakan Mesyuarat Agong Tahunan.

iii. Mencatat dan menyiapkan minit semua mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Daerah serta mengedarkannya.

iv. Menjalankan urusan surat menyurat KELAB PROSTAR.

v. Menyedia dan mengemukakan Penyata Tahunan KELAB PROSTAR bagi pihak Jawatankuasa Peringkat Daerah dan mengedarkannya. Laporan tersebut hendaklah diedarkan sekurang-kurangnya dua(2) minggu sebelum hari pertama Mesyuarat Agong Tahunan.

vi. Menghantar notis sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Agong.

vii. Menghantar notis kepada ahli-ahli Jawatankuasa Peringkat Daerah tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa tersebut. Sekurang-kurang separuh daripada jumlah ahli jawatankuasa hendaklah hadir untuk mencukupi korum mesyuarat.

viii. Menjadi Pengerusi kepada jawatankuasa Pengurusan Mesyuarat Agong Tahunan.

ix. Menyimpan Buku Daftar Ahli.

x. Menghantar penyata tahunan KELAB PROSTAR kepada Setiausaha Agong Jawatankuasa Induk dan Negeri/Wilayah Persekutuan.

xi. Mengetuai pentadbiran KELAB PROSTAR sepertimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa Daerah

xii. Menjalankan urusan surat menyurat KELAB PROSTAR

(4) Bendahari

(a) Bendahari hendaklah:

i. Bertanggungjawab diatas kesempurnaan perjalanan kewangan Jawatankuasa Daerah.

ii. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan.

iii. Menyediakan Penyata Kewangan kepada Jawatankuasa Daerah untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik oleh Mesyuarat Agong.

iv. Membentangkan Penyata Kewangan yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira semasa Mesyuarat Agong.

v. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Negeri dan Daerah harta benda milik KELAB PROSTAR dan Pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun.

vi. Menerima semua bayaran untuk KELAB PROSTAR dan menyimpan bayaran-bayaran tersebut ke dalam akaun atas nama Jawatankuasa Daerah.

vii. Menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 500.00.

(5) Penolong Setiausaha

(a) Penolong Setiausaha hendaklah:

i. Membantu dan bertindak sebagai Setiausaha dimasa ketiadaannya.

ii. Menyimpan segala catatan dan rekod-rekod KELAB PROSTAR.

iii. Menolong Setiausaha mencatat dan menyiapkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Daerah.

iv. Mengambil alih segala tanggungjawab dan tugas Setiausaha sekiranya jawatan itu kosong dan sebelum jawatan itu dipenuhkan.

v. Menolong Setiausaha dalam menjalankan tugas-tugasnya.

(6) Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa Daerah hendaklah membantu Jawatankuasa Daerah menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

(7) Penubuhan-penubuhan Biro Peringkat Jawatankuasa Daerah

(a) Ahli-ahli yang dilantik bolehlah menjadi Pengerusi Jawatankuasa kecil yang ditetapkan kemudian oleh Jawatankuasa Daerah sekiranya keperluan jawatankuasa-jawatankuasa diperlukan.

(b) Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan jawatankuasa kecil yang ditetapkan

(c) Menasihati Jawatankuasa Daerah dalam bidang yang berkaitan.

(d) Melaksanakan tugas-tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Daerah dari masa ke semasa.

atas

21. KEWANGAN CAWANGAN NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN.

  1. Semua wang yang dikutip di Ibu Pejabat dan Cawangan-cawangan KELAB PROSTAR akan menjadi aset bersama KELAB.

  2. Mesyuarat Agong Tahunan akan menentukan dari masa kemasa peratusan kadar yuran yang akan disimpan di Cawangan sebagai Kumpulan wang cawangan dan akan menetapkan jenis-jenis perbelanjaan yang akan menggunakan wang cawangan.

  3. Tiap-tiap Bendahari Cawangan akan menyampaikan kepada Bendahari Agong sebelum 15hb. Tiap-tiap tiga(3) bulan yuran-yuran yang diterima oleh cawangan setelah ditolak peratusan yang disimpan sebagai kumpulan wang Cawangan.

  4. Bendahari Cawangan akan juga menyampaikan kepada Bendahari Agong sebelum 15hb. tiap-tiap tiga(3) bulan satu penyata pendapatan dan perbelanjaan Cawangan.

  5. Semua wang Cawangan hendaklah disimpan di atas nama Cawangan di dalam Bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan dan kira-kira wang itu akan dikelolakan bersama-sama oleh Yang Dipertua/Pengerusi Cawangan, Bendahari Cawangan dan Setiausaha Cawangan. Bendahari Cawangan dibenarkan menyimpan wang di dalam tangan sebanyak tidak lebih daripada RM500.00 (Ringgit Lima Ratus) pada suatu masa. Perbelanjaan yang melebihi RM 5,000.00 (Ringgit Lima Ribu) pada satu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran diperolehi terlebih dahulu daripada Jawatan Kuasa Cawangan. Perbelanjaan yang kurang daripada RM5,000.00 bagi satu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua/Pengerusi Cawangan bersama Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan.

  6. Semua wang, buku dan harta-harta lain KELAB PROSTAR yang dipegang oleh mana-mana cawangan yang telah dibubarkan akan dihantar dengan segera oleh Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Agong, bersama-sama dengan penyata kira-kira.

atas

22. PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN.

  1. Dimana peruntukan khas tiada disebut di dalam Undang-undang ini bagi perkara-perkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan-cawangan, undang-undang yang berkenaan mengenai pentadbiran Ibu Pejabat Kelab akan diikuti sejauh mana yang sesuai.

  2. Mesyuarat Jawatankuasa Induk akan memberi arahan kepada Mesyuarat Agong Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan mengenai pentadbirannya.

atas

23. PINDAAN UNDANG-UNDANG

  1. Pindaan undang-undang hanya akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Agong KELAB PROSTAR. Semua pindaan yang dicadangkan hendaklah dibahagikan kepada semua ahli sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum di adakan Mesyuarat Agong. Salinan pindaan yang penuh yang telah dicadangkan itu hendaklah disertai dalam surat pekeliling memberi tarikh Mesyuarat Agong.

  2. Sebarang pindaan pada undang-undang ini bolehlah dikemukakan dalam Mesyuarat Agong dan pindaan ini hendaklah dipersetujui oleh dua per tiga (2/3) ahli-ahli biasa yang hadir. Permohonan untuk pindaan kepada undang undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agong meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

atas

24. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

  1. Jawatankuasa Induk boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa induk jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini sebelum semasa Mesyuarat Agong dijalankan.

  2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agong, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

atas

25. LARANGAN

  1. Permainan yang disebut di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Kelab: Roulette. Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkas, Pai Kau, Tau Ngau Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu. Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, video game dan semua permainan video yang bergantung semata-mata kepada nasib.

  2. Kelab atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

  3. Kelab ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Kelab atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

  4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2, Akta Pertubuhan, 1996 tidaklah boleh diberikan kepada mana-mana ahli.

atas

------------------------------------------------------------------- -------------------------------------------------------------------
Presiden Setiausaha Agong
Nama : Nama :


   
banner bawah