PROSTAR telah dilancarkan pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa dan sebelum pelancaran untuk tujuan Promosi PROSTAR. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mencipta logo PROSTAR, mencari maklumat AIDS (treasure hunt).pertandingan roller blade, menghasilkan banting terpanjang mengenai AIDS, pertunjukan pentas (pentomin dan nyanyian), pameran dan kuiz. Seramai lebih kurang 10,000 orang remaja dan masyarakat awam telah terlibat dalam perlancaran tersebut