Bagi mencapai objektif program, strategi utama berikut digunakan;
- Pengukuhan Jaringan Kerjasama Pelbagai Agensi.
Melibatkan secara aktif dan berterusan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk badan korporat, badan profesional dan lain-lain dalam merancang, melaksana dan menilai program PROSTAR secara perkongsian pintar. Jaringan kerjasama meliputi bantuan teknikal, tenaga manusia, perkhidmatan dan kewangan.
Pendekatan Komunikasi Secara Intensif.
Menggunakan kaedah komunikasi interpersonal dan kaedah-kaedah lain termasuk media massa yang bersesuaian secara meluas di setiap peringkat.
Menggunakan pelbagai jenis media seperti media cetak, media elektronik, media luar (out door media) dan teknologi maklumat dalam menyebarkan maklumat bagi mempromosi PROSTAR
Melalui latihan PROSTAR, remaja menjalani latihan secara intensif menggunakan modul latihan khas mengikut kumpulan sasar.
Sebanyak 4 manual latihan telah dihasilkan iaitu
- Manual Latihan Fasilitator PROSTAR
- Manual Latihan Remaja PROSTAR
- Manual Latihan PROSTAR Sekolah
- Manual Latihan Remaja Harapan PROSTAR
Latihan PROSTAR dijalankan di peringkat sekolah, daerah dan negeri serta diawasi oleh Pegawai AIDS Negeri dan Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri.
Untuk menggerakkan aktiviti PROSTAR, selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kelab PROSTAR juga memainkan peranan di dalam program ini. Kelab ini telah ditubuh dan didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan pada 30 Jun 1997.
Merupakan suatu premis yang diwujudkan sebagai tempat pertemuan ahli-ahli kelab PROSTAR untuk merancang dan berbincang serta menggerakkan aktiviti pendidikan HIV/AIDS. Pengurusan rumah Kelab adalah menjadi tanggungjawab ahli jawatankuasa kelab.
|