Remaja dalam linkungan umur 13 -25 adalah menjadi sasaran PROSTAR. Golongan remaja ini sedang melalui satu proses kritikal. Mereka sering terdorong kepada gejala-gejala negatif dalam usaha untuk mengenali identiti sendiri.
Secara umumnya, program ini ditujukan kepada remaja berumur 13 hingga 25 tahun yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi, remaja lepasan sekolah dan remaja harapan (berisiko). Pada dasarnya semua remaja dalam lingkungan umur ini boleh menjadi ahli Prostar.
Jika anda dalam lingkungan umur ini, jangan bertangguh, khidmat dan jasa baik anda sangat dinantikan dan diharapkan. Berbaktilah kepada masyarakat dan semua golongan remaja dengan menyertai PROSTAR.