Objektif Berdasarkan kepada situasi di mana jumlah kes HIV/AIDS yang sedang melanda negara majoritinya melibatkan kaum remaja maka PROSTAR ditubuhkan.
PROSTAR ditubuhkan dengan beberapa objektif khusus dan jelas. Ini penting untuk menjamin PROSTAR sentiasa bergerak diatas satu landasan dan satu matlamat untuk melahirkan satu generasi yang sihat dan produktif. Objektif PROSTAR adalah seperti berikut;
Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan HIV, cara pencegahan dan pengawalannya.
Menyemai sikap positif di kalangan remaja agar prihatin akan masalah HIV yang dikaitkan dengan gejala sosial yang melanda remaja masa ini.
Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat, serta menghindari tingkahlaku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV.
Membentuk segolongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke arah cara hidup sihat dan menggerakkan remaja agar turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS.
Melahirkan segolongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat sosial dalam memberi khidmat sokongan kepada remaja