LATAR BELAKANG
PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja ) telah ditubuhkan atas inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai usaha untuk menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja Malaysia. Semenjak tertubuhnya PROSTAR pada tahun 1996 sehingga kini, PROSTAR telah berjaya melatih Pembimbing Rakan Sebaya yang aktif dan komited dalam melaksanakan aktiviti pendidikan HIV/AIDS kepada golongan remaja. Bagi memastikan aktiviti pendidikan kepada golongan remaja oleh Pembimbing Rakan Sebaya ini dapat diteruskan, Kelab PROSTAR Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan kini mempunyai lebih 100 cawangan yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan.
Konvensyen PROSTAR anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia yang pada umumnya diadakan sebagai satu pengiktirafan kepada ahli-ahli kelab yang telah membantu dalam melaksanakan aktiviti pendidikan HIV/AIDS di kalangan remaja dan masyarakat setempat. Pada tahun ini Konvensyen PROSTAR merupakan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kesihatan DBKL dan Kelab PROSTAR Malaysia. Lokasi konvensyen kali ini ialah di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Bangi pada 11hingga 14 Ogos 2005.
OBJEKTIF KONVENSYEN
-
Memberi pendedahan kepada ahli-ahli kelab PROSTAR cawangan mempelajari kaedah, strategi dan pendekatan baru yang boleh digunapakai dalam melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan kepada rakan sebaya mereka.
-
Memberi peluang kepada ahli-ahli Kelab PROSTAR berbincang mengenai isu-isu baru berkaitan HIV/AIDS, masalah pelaksanaan dan aktiviti pencegahan dan pengawalan HIV/AIDS di kalangan remaja.
-
Memberi peluang kepada ahli-ahli kelab PROSTAR cawangan berhimpun, beramah mesra dan bertukar idea bagi memperkukuhkan program PROSTAR.
-
Memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli kelab cawangan, Penyelaras-Penyelaras Program PROSTAR dan juga kelab cawangan yang dikenalpasti aktif melaksanakan aktiviti pendidikan HIV/AIDS melalui penyampaian anugerah khas
PENYERTAAN
Peserta konvensyen adalah terdiri daripada ahli kelab PROSTAR yang telah mendaftar sebagai ahli di daerah / negeri masing-masing dan berumur 18 tahun ke atas. Pemilihan untuk penyertaan dibuat oleh kelab PROSTAR negeri dan hendaklah aktif kerana mereka berkongsi pengalaman sesama mereka dalam apa jua aktiviti PROSTAR yang telah dijalankan. Penyertaan Konvensyen pada kali ini merangkumi pelbagai kaum di Malaysia.
Bilangan Peserta Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Konvensyen
| Ahli Jawatankuasa Induk |
|
15 orang |
| Urusetia (Bahagian Pendidikan Kesihatan) |
|
10 orang |
| Urusetia (DBKL) |
|
25 orang |
Negeri-negeri |
|
|
| Negeri Perlis (1 cawangan) |
|
10 orang |
| Negeri Kedah (11 cawangan) |
|
30 orang |
| Negeri Pulau Pinang (5 cawangan) |
|
15 orang |
| Negeri Perak (11 cawangan) |
|
30 orang |
| Negeri Selangor (10 cawangan) |
|
30 orang |
| Wilayah Persekutuan (1 cawangan) |
|
10 orang |
| Negeri Sembilan (7 cawangan) |
|
20 orang |
| Negeri Melaka (3 cawangan) |
|
15 orang |
| Negeri Johor (9 cawangan) |
|
30 orang |
| Negeri Terengganu (5 cawangan) |
|
20 orang |
| Negeri Kelantan (9 cawangan) |
|
30 orang |
| Negeri Pahang (12 cawangan) |
|
30 orang |
| Negeri Sabah (10 cawangan) |
|
15 orang |
| Negeri Sarawak (1 cawangan) |
|
15 orang |
| JUMLAH |
|
350 orang |
AKTIVITI KONVENSYEN
Pembentangan Projek
Aktiviti Konvensyen PROSTAR menumpukan kepada perkongsian pengalaman sesama mereka dan juga agensi luar. Perkongsian pengalaman ini termasuklah pembentangan projek terbaik dari setiap negeri yang bertujuan dapat digunapakai oleh ahli yang lain sekiranya projek tersebut bersesuaian.
Lawatan ke NGO
Selain dari itu, perkongsian pengalaman bersama 10 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) turut diadakan dimana para deligasi dibahagikan kepada 10 kumpulan dan dibawa melawat ke NGO tersebut. Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan mereka pendedahan sebenar perlaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh agensi tersebut.
Kajian PROSTAR
‘Kajian Tahap Penglibatan dan Penyertaan Remaja Dalam PROSTAR di Malaysia’ juga dijalankan kepada deligasi dan penyelaras PROSTAR daerah/Negeri. Kajian ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi program ini.
Anugerah Bintang
Anugerah ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada kelab, ahli dan Penyelaras PROSTAR yang aktif serta bertujuan untuk menyuntik semangat kepada ahli yang lain agar bergiat lebih aktif lagi dalam apa jua aktiviti PROSTAR.
Tabung Kanak-kanak HIV
Kutipan tabung ini telah dijalankan sempena Kembara PROSTAR 2004 yang lalu dan telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM30,000 dari orang ramai, kerajaan negeri dan juga Kelab PROSTAR Malaysia. Sumbangan ini telah diagihkan kepada 6 negeri yang terlibat didalam kutipan tabung ini dan akan disumbangkan kepada 30 kanak-kanak yang mengidap HIV atau menjadi yatim piatu disebabkan oleh ibubapa mereka meninggal dunia akibat HIV/AIDS.
Agihan Sumbangan:-
| Negeri |
Sumbangan |
Penerima |
| JOHOR |
RM5,000 |
(5 penerima) |
| PULAU PINANG |
RM4,000 |
(4 Penerima) |
| PAHANG |
RM3,000 |
(3 Penerima) |
| KEDAH |
RM6,000 |
(6 penerima) |
| NEGERI SEMBILAN |
RM6,000 |
(6 penerima) |
| TERENGGANU |
RM6,000 |
(6 penerima) |
Majlis Perasmian
Majlis perasmian konvensyen disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Hj. Abdul Latiff bin Ahmad, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia pada 12 Ogos 2005 di Dewan Raflesia, Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET). Majlis perasmian ini diserikan dengan persembahan sketsa dari Kelab PROSTAR UNIKOP. Seterusnya penyampaian Anugerah Bintang PROSTAR dan Tabung Kanak-kanak HIV oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan.
Majlis Penutup
Majlis penutup konvensyen disempurnakan oleh Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur. Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan hadiah kepada pemenang projek inovasi PROSTAR. Selain itu, Presiden Kelab PROSTAR Malaysia telah mengumumkan bahawa tuan rumah bagi Jambori PROSTAR 2006 ialah Negeri Sembilan, manakala tuan rumah bagi Konvensyen PROSTAR kali ke-9 2007 ialah Negeri Selangor.
Aturcara Konvensyen
TARIKH |
MASA |
PERKARA |
11 / 8 / 05
( Khamis ) |
2.00 – 6.00pm |
Ketibaan Perwakilan & Pendaftaran |
7.00pm |
Makan Malam |
8.30pm |
Taklimat Konvensyen oleh Urusetia
Taklimat Lawatan ke NGO |
12 / 8 / 05
( Jumaat ) |
7.00 am |
Sarapan |
8.00 am |
Kerja Kumpulan (persembahan) |
10.00 am |
Minum Pagi |
10.30 am –
12.30 pm |
Majlis Perasmian Konvensyen
● Ketibaan Timbalan Menteri Kesihatan
● Bacaan Doa
● Ucapan aluan Presiden
● Ucapan Perasmian
● Persembahan Pentas
● Penyampaian Anugerah
● Penyampaian Bantuan Tabung Kanak-kanak HIV
● Penyampaian Cenderahati
● Makan Tengahari |
3.00- 4.00 pm |
Pembentangan Projek PKP Pendang |
4.00- 4.30 pm |
Minum Petang |
5.00- 6.30 pm |
Pembentangan Projek Inovasi |
7.00pm |
Makan Malam |
8.00- 11.00pm |
Sambungan Pembentangan Projek Innovasi |
13 / 8 / 05
(Sabtu) |
7.00 am |
Sarapan |
8.30 am |
Lawatan ke NGO |
12.30 pm |
Makan Tengahari |
2.00- 4.00 pm |
Pembentangan Hasil Lawatan |
4.00- 4.30 pm |
Minum Petang |
4.30- 6.30 pm |
Sukaneka |
8.00- 10.30 pm |
Malam Mesra
● Tayangan Video
● Penyampaian Pemenang Projek Innovasi |
14 / 8 / 05
( Ahad ) |
07.30am |
Sarapan |
08.30am |
Mesyuarat Agong |
10.00am |
Minum Pagi |
10.30am |
Sambungan Mesyuarat Agong |
12.30pm |
Makan Tengahari |
02.00pm |
Perwakilan-perwakilan Berlepas Pulang |
Majlis Perasmian
| 9.30 pg. |
: |
Ketibaan peserta dan tetamu jemputan |
| 10.00 pg. |
: |
Ketibaan Timbalan Menteri Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia |
| : |
Bacaan doa |
| : |
Ucapan Aluan oleh Presiden Kelab PROSTAR Malaysia |
| : |
Ucapan Perasmian oleh Timbalan Menteri Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia |
| : |
Tayangan |
| : |
Penyampaian Anugerah Bintang PROSTAR |
| : |
Penyampaian Tabung Kanak-Kanak HIV |
| : |
Penyampaian Cenderahati |
| 12.30 tgh. |
: |
Jamuan ringan/bersurai |
Aturcara Malam Mesra (Majlis Penutup)
| 7.45 mlm |
: |
Ketibaan peserta |
| 8.00 mlm |
: |
Ketibaan Datuk Bandar Kuala Lumpur |
| 8.05 mlm |
: |
Bacaan doa |
| : |
Ucapan Aluan oleh Presiden Kelab PROSTAR Malaysia |
| : |
Ucapan Penutupan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur |
| 8.30 mlm |
: |
Jamuan Makan Malam |
| : |
Tayangan Video |
| 10.30 mlm |
: |
Penyampaian Sijil dan Cenderahati |
| 11.00 mlm |
: |
Bersurai |
Kesimpulan
Konvensyen PROSTAR adalah satu program yang amat berguna dimana para deligasi dapat bertukar-tukar pandangan dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang bergiat aktif dalam program PROSTAR. Lawatan ke Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bukan sahaja memberi maklumat kepada mereka, malah mereka dapat melihat bagaimana pertubuhan itu menjalankan aktiviti mereka. Selain itu ia akan mengurangkan stigma mereka terhadap pesakit HIV/AIDS di mana sebahagian daripada deligasi dapat berkongsi pengalaman dan berahmah mesra dengan pesakit tersebut. Ini adalah satu aktiviti yang baru diperkenalkan dalam konvensyen PROSTAR. Pendedahan sebaginilah yang perlu dilakukan agar deligasi konvensyen dapat mempelajari dan berdikari dalam usaha membantu kerajaan dalam menangani masalah HIV/AIDS. |