Back home Latarbelakang Statistik Aktiviti KOnvensyen Pencapaian Kajian
Konvensyen
Pertama Kedua Ketiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan
ENGLISH
Prostarnet
Perlembagaan
Fakta Asas
Kronologi
Kempen
Manual
Kelab
Galeri
Borang
Perutusan
Lagu Prostar
Pautan
Buku Pelawat
Maklumbalas

Konvensyen Keenam

Konvensyen Prostar Kebangsaan untuk kali keenam ini telah diadakan di Dataran Bandaraya, Johor Bahru dari 8 hingga 10 September 2002.



Pengenalan

Konvensyen PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja) diadakan setiap tahun adalah sebagai pengiktirafan kepada seluruh ahli-ahli kelab yang telah sama-sama membantu dalam menyampaikan maklumat mengenai HIV/AIDS di kalangan remaja dan masyarakat setempat. Pada tahun 2002, Negeri Johor telah dipilih menjadi tuan rumah konvensyen PROSTAR peringkat kebangsaan kali ke 6 yang mana ia diadakan di Dataran Bandaraya, Johor Bahru , 8 - 10 September 2002. Konvensyen PROSTAR kali ini dirasmikan oleh YB DATO’ CHUA JUI MENG, MENTERI KESIHATAN MALAYSIA pada 8 September 2002.

Objektif

Untuk membentuk generasi remaja yang mampu mernpengaruhi rakan-rakan sebaya yang lain supaya bersikap positif dan mengamalkan cara hidap sihat

  • Untuk memberi peluang kepada peserta konvensyen mempersembahkan aktiviti pendidikan AIDS yang telah dilaksanakan ditempat masing-masing.

  • Untuk mewujudkan persefahaman dan perhubungan silaturahim dikalangan pemimpin dan Kelab PROST AR di Malaysia

  • Untuk membolehkan peserta konvensyen meningkatkan pengetahuan melalui pertukaran pengalaman, perbincang dan menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan aktivit-aktivlti program PROST AR

  • Untuk mempromosikan program PROST AR kepada masyarakat awam terutamanya dikalangan remaja.

TEMA

Tema konvensyen pada tahun ini ialah 'Remaja Bermaklumat Pemangkin kecemerlangan' yang membawa maksud seiring dengan era dunia maklumat, remaja perlu membekalkan diri mereka dengan maklumat" dan mengemaskini makIumat yang ada termasuk yang berkaitan dengan HIV/AIDS supaya mereka bijak bertindak di dalam mengharungi kehidupan dialam remaja dan seterusnya akan melahirkan generasi yang sihat, proaktif, berwawasan tinggi dan cemerlang.

AKTIVITI

Disamping majlis perasmian dan perbarisan, terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang konvensyen kali ini termasuklah;

  • Pertandingan perbahasan

  • Seminar Gejala Sosial di kalangan Remaja

  • Pertandingan bolasepak persahabatan

  • Sukaneka

  • Persembahan kebudayaan

  • Pertandingan projek PROSTAR

  • Pameran

Dapatkan laporan lengkap Konvensyen ke enam dalam format PDF

Untuk melihat gambar pada saiz asal, klik pada imej....

Diantara senario yang dapat dirakamkan semasa sambutan Konvensyen PROSTAR kali Ke 6 ini