PENGENALAN
Konvensyen PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja) diadakan setiap tahun adalah sebagai pengiktirafan kepada seluruh ahli-ahli kelab yang telah sama-sama membantu dalam menyampaikan maklumat mengenai HIV/AIDS di kalangan remaja dan masyarakat setempat. Pada tahun 2001,Negeri Kedah telah dipilih menjadi tuan rumah konvensyen PROSTAR peringkat kebangsaan kali ke 5 yang mana ia diadakan di Hotel Sentosa Regency Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 10 – 12 September 2001. Konvensyen PROSTAR kali ini dirasmikan oleh Datuk Alis Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia pada 10 September 2001. Manakala Malam Mesra dan majlis penyampaian hadiah/sijil disempurnakan oleh Y.A.B Menteri Besar Kedah Darul Aman pada 11 September 2001. Konvensyen PROSTAR kali ini dihadiri seramai 400 orang ahli PROSTAR dan 300 orang pemerhati di seluruh negara.
OBJEKTIF UMUM
Untuk memberi peluang kepada ahli-ahli PROSTAR berhimpun dan berkampung bagi membincang, beramah mesra dan bertukar idea bagi memperkukuhkan program PROSTAR.
OBJEKTIF KHUSUS
-
Memberi peluang kepada ahli-ahli PROSTAR untuk membincang peranan dan aktiviti yang dijalankan dalam pencegahan dan pengawalan HIV/AIDS.
-
Memberi peluang kepada ahli PROSTAR bagi membincangkan peranan yang dimainkan oleh remaja dalam penjagaan dan sokongan terhadap HIV dan pesakit AIDS.
-
Membincang langkah-langkah yang diambil oleh remaja untuk mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap HIV dan pesakit AIDS.
- Mendedahkan kepada remaja dalam isu-isu yang berkaitan mengenai pengurangan risiko (harm reduction) seperti isu kondom dan jarum suntikan.
AKTIVITI-AKTIVITI
Sepanjang konvensyen itu berjalan berbagai-bagai aktiviti dijalankan bagi mencapai objetif yang telah ditetapkan. Antaranya ialah majlis suaikenal, pelancaran homepage PROSTAR Negeri Kedah, persembahan wayang kulit, Anugerah Kelab PROSTAR, Anugerah Tokoh PROSTAR, pertandingan perkongsian pengalaman antara kelab di seluruh negara, pertandingan pidato, sesi plenari, sesi concurrent, bengkel, sukaneka dan pertandingan pameran.
|