Pada tahun 1999, Konvensyen PROSTAR Kebangsaan yang ketiga telah diadakan di Kuching, Sarawak dari 4 hingga 6 September 1999 dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan.
Di antara agenda dalam Konvensyen tersebut adalah Berkongsi Pengalaman, Mesyuarat Agung Kelab PROSTAR, Larian PROSTAR Forum Perdana PROSTAR dan juga pameran aktiviti PRS dari setiap negeri. Seramai 300 orang prostarian seluruh negara telah terlibat dalam konvensyen tersebut.
Pada Konvensyen kali ini, tema "Remaja Cemerlang,Sahsiah Terpuji" telah dipilih. Sesuai dengan hasrat Prostar untuk melahirkan remaja yang berwawasan, disiplin dan rajin berusaha untuk menuju kecemerlangan. Para remaja hari ini adalah hasrat dan harapan negara dimasa akan datang.
Untuk melihat gambar pada saiz asal, klik pada imej....
Bandaraya Kucing seolah-olah menerima kejutan apabila menerima ratusan ahli PROSTAR
seluruh Malaysia sempena Konvensyen Ketiga. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena
majlis tersebut yang telah melibatkan bukan sahaja prostarian tetapi juga masyarakt umum.
Sungguh meriah dan akan terus menjadi diari ingatan
semua prostarian untuk selamanya HIDUP PROSTAR