Konvensyen ini merupakan julung-julung kali diadakan. Hampir 500 orang ahli kelab PROSTAR seluruh negara telah terlibat dalam konvensyen tersebut. Peluang untuk menghadiri konvensyen ini telah digunakan oleh Prostarian untuk bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan.
Objektif konvensyen ini adalah seperti berikut;
-
Untuk memberi peluang kepada ahli-ahli Kelab Prostar mempersembahkan serta mempamerkan aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS yang dilaksanakan oleh mereka di negeri dan daerah masing-masing
-
Untuk memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli kelab Prostar terhadap usaha-usaha yang telah dilaksanakan berkaitan HIV/AIDS
-
Untuk memberi peluang kepada ahli-ahli Kelab Prostar daripada seluruh Malaysia berjumpa, berkenalan, bermesra, berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan serta fikiran sesama mereka
-
Untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan bagi melantik ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelab Prostar.
-
Konvensyen ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang memberi faedah kepada semua Prostarian. Persembahan kebudayaan, pameran dan pelbagai persembahan pentas yang menarik telah ditunjukkan oleh semua Prostarian. YB Menteri Kesihatan yakin dan percaya majlis konvensyen ini seumpama ini berupaya menjalinkan jaringan yang padu di kalangan ahli PROSTAR
|