Back home Latarbelakang Statistik Aktiviti KOnvensyen Pencapaian Kajian
Kronologi
1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004
ENGLISH
Prostarnet
Perlembagaan
Fakta Asas
Kronologi
Kempen
Manual
Kelab
Galeri
Borang
Perutusan
Lagu Prostar
Pautan
Buku Pelawat
Maklumbalas
Aktiviti Prostar 2000

Tarikh Aktiviti


24 - 29 Jun

LARIAN PROSTAR PATEK (PAHANG, TERENGGANU, KELANTAN)

Larian PROSTAR PATEK 2000 bermula di Tanjung Gemuk, Pahang merentasi Terengganu dan berakhir di Tumpat Kelantan. Tujuan larian ialah untuk menyebarkan maklumat mengenai AIDS dan mempromosikan PROSTAR kepada masyarakat awam. Aktiviti utama ialah Larian Baton.

Aktiviti-aktiviti sempena Larian:-

  • Penyebaran risalah
  • Pameran kesihatan
  • Kuiz kesihatan
  • Persembahan kebudayaan
  • Aktiviti Kecergasan Fizikal (Senamrobik dan Basikalthon)
  • Perkhemahan
  • Gotong Royong
  • Aktiviti Kerohanian (ceramah agama, motivasi dan forum remaja

Info tambahan....

6 - 9 Ogos

ASEAN SEMINAR ON HIV/AIDS PREVENTION & EDUCATION AMONG YOUTH,, HOTEL GRAND CONTINENTAL, KUANTAN

Seminar ini dihadiri oleh delegasi negara-negara ASEAN yang terdiri daripada Indonesia (4), Brunei (2), Singapura (1), Thailand (2), Myanmar (4), Cambodia (4), Filipina (2), LAOS (4) dan juga Malaysia iaitu 14 (agensi bukan Kesihatan dan 10 (KKM). Tujuan seminar diadakan ialah untuk berkongsi maklumat serta pengalaman dan mengukuhkan jaringan kerjasama program pencegahan HIV di kalangan remaja ASEAN.

Agenda:-

  • Pelancaran seminar oleh Y.B. Dr. Ahmad Shukri b. Ismail, Exco Kesihatan, Belia & Sukan Negeri Pahang
  • Country Report (8 negara ASEAN)
  • Taklimat mengenai PROSTAR
  • Lawatan ke Rumah Kelab PROSTAR Pekan
  • Lawatan ke Rumah Kelab PROSTAR Kilang ASM
  • Lawatan ke Kelab PROSTAR Sekolah
  • Lawatan ke Pusat Pemulihan Dadah
  • Resolusi dan Penutup
3-6 September

KONVENSYEN PROSTAR KEBANGSAAN, CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

Konvensyen PROSTAR Peringkat Kebangsaan yang keempat dirasmikan oleh wakil YB Menteri Kesihatan Malaysia, iaitu YB En. G. Sothinathan, Setiausaha Parlirmen KKM. Bertemakan 'Remaja Sihat Negara Makmur' konvensyen pada kali ini telah berjaya menarik seramai 800 peserta. Tujuan konvensyen diadakan ialah untuk mempromosikan program PROSTAR serta merupakan perjumpaan tahunan di kalangan ahli-ahli PROSTAR daripada seluruh negeri.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa konvensyen:-

  • Pertandingan Pidato
  • Sukan Ria PROSTAR
  • Pertandingan/Persembahan Bakat
  • Pembentangan Kertas Kerja (mengenai AIDS, Remaja dan Kerohanian)
  • Mini workshop - Pembentangan Resolusi PROSTAR
25 November

KEMPEN AIDS SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN, BANDA HILIR, MELAKA

Majlis pelancaran Kempen AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan dirasmikan oleh wakil YB Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Datu Dr. Mohamad Taha b. Arif, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (KA) di Padang Pahlawan, Banda Hilir. Bertemakan 'Men Make A Difference' atau ' Lelaki Membawa Perbezaan' sambutan kempen tahun ini menengahkan isu lelaki dalam menangani masalah HIV/AIDS.

Aktiviti-aktiviti sempena Kempen AIDS Sedunia:-

  • Forum Wanita dan AIDS, 25 Oktober
  • Acara Spot the Car, 1-25 November
  • Forum HIV/AIDS untuk Anggota Kesihatan, 5 November
  • Forum HIV/AIDS untuk Orang Awam, 11 November
  • Seminar & Bengkel Regional HIV/AIDS Management Training, 15 -17 Nov
  • Ceramah Perdana untuk Orang Awam, 16 November
  • Sesi penerangan HIV/AIDS di Radio Melaka, 21 November
  • Khutbah Jumaat dengan mesej AIDS, 24 November
15 April - 30 Jun

Kerja lapangan untuk Kajian Penilaian Intervensi Sosial PROSTAR terhadap kesedaran AIDS di kalangan remaja