Back home Latarbelakang Statistik Aktiviti KOnvensyen Pencapaian Kajian
Jejak Remaja
Dadah Merokok Alkohol Kosmetik Jerawat Seksual
ENGLISH
Prostarnet
Perlembagaan
Fakta Asas
Kronologi
Kempen
Manual
Kelab
Galeri
Borang
Perutusan
Lagu Prostar
Pautan
Buku Pelawat
Maklumbalas



Remaja Bermaklumat


Rahsia Remaja


Cabaran Menjadi Teruna


Manisnya Menjadi Gadis

DARI saat anda dilahirkan, badan anda mula berubah. Perubahan ini terus berlaku. Perasaan dan perspektif anda terhadap kehidupan juga turut berubah. Perubahan-perubahan ini sangat ketara semasa anda melalui zaman remaja. Anda berubah secara fizikal dan emosi untuk menjejak usia dewasa. Ini adalah masa yang sangat mencabar dan menarik. Banyak perkara baru, cabaran baru dan ini sangat menyeronokkan jika anda pandai menanganinya dengan cara yang terbaik.

Akil baligh berlaku di antara umur 10 hingga 18 tahun, bila kedua-dua lelaki dan perempuan mengalami banyak perubahan fizikal dan emosi. Perubahan ini disebabkan oleh pengeluaran hormon di dalam badan. Bagi remaja yang mengalami perubahan ini, mereka mungkin sangsi dan mempunyai banyak soalan.

Dalam proses untuk mengenali identiti masing-masing, remaja terdedah kepada proses mencuba, meniru dan meletakkan diri mereka dalam suatu tahap risiko yang mungkin tiada jalan untuk berpatah balik.

Bagaimanakah saya nak tahu samada benar-benar sedang bercinta atau sebaliknya tergila-gila sahaja?

Salah satu cara adalah dengan menentukan berapa lama perasaan itu kekal perasaan tergila-gila adalah berjangka pendek sementara cinta adalah lebih kekal dan semakin bertambah melalui peredaran masa. Satu lagi perbezaan adalah bagaimana perasaan itu wujud. Perasaan tergila-gila adalah tarikan terhadap glamor dan juga fizikal. Cinta, sebaliknya, adalah lebih daripada tarikan paras rupa. la menerima seseorang itu dengan ikhlas. Cinta boleh menyelesaikan pertelingkahan dan mengatasi perselisihan faham. Perasaan tergila-gila pula, tidak mempunyai tanggungjawab ini dan oleh itu ia tidak akan kekal ketika melalui keadaan yang genting.

Adakah saya seorang homoseks sekiranya tertarik kepada seseorang yang sama jantina?

Tidak. Mempunyai perasaan atau mengkagumi seorang yang sama jantina tidak bermakna anda adalah seorang homoseks. Ini adalah fasa yang biasa dilalui oleh remaja belasan tahun. Besar kemungkinan, anda hanya mencari model peranan; orang yang mempunyai kualiti yang anda kagumi dan yang mungkin anda ingin memiliki.Adalah menjadi perkara biasa untuk cari model peranan daripada jantina yang sarna. Melalui peredaran masa perasaan itu akan hilang, selalunya bila anda sendiri sudah memiliki kualiti itu ataupun apabila anda sedar kualiti itu tidak sehebat yang disangka.

Saya susah menyesuaikan diri orang lain. Bagaimanakah boleh saya mendapat ramai kawan?

Persahabatan terjalin apabila orang berkongsi minat atau perasaan yang sarna tentang sesuatu. Satu cara yang baik untuk mendapat kawan adalah dengan adanya hobi atau menyertai kumpulan rakansebaya. Daftarkan nama atau menjadi sukarelawan dalam aktiviti berkumpulan dan menanti untuk dijemput. Jika anda benar-benar berminat dengan orang lain, apa yang mereka lakukan, apa mereka suka dan perlukan dan berupaya untuk beritahu mereka, mereka akan memberikan respons kepada anda. Tetapi jika anda mementingkan diri sendiri dan hanya bercakap mengenai diri sendiri, orang tidak mungkin berminat dengan anda.

Ibu saya memasang telinga ketika saya berbual dengan kawan. Mengapa saya tidak di beri privasi?

Remaja belasan tahun sentiasa mempunyai keinginan untuk menyembunyikan sesuatu dari ibubapa mereka. Walaubagaimanapun, anda harus faham bahawa ibubapa anda perlu tahu apa sedang berlaku dalam hidup anda. Mereka bimbangkan kesejahteraan anda dan tidak mahu anda menghadapi masalah. Cuba berikan keyakinan kepada ibubapa anda dengan memberitahu mereka tentang sahabat anda dan juga aktiviti yang anda sertai. Anda perlu bertindak secara bertanggungjawab dan mereka akan mula mempercayai anda dan memberikan 'ruangan' yang anda perlukan.

Kawan saya. gemar lepak di disko/pub. Saya tidak berapa suka dan selalu timbul masalah dengan keluarga saya. Apakah yang perlu saya buat?

Bukan mudah untuk mengatakan 'tidak' kepada orang yang kita gemari atau orang yang kita hormati pendapatnya. Tetapi adalah penting untuk anda mempertahankan pendirian sendiri. Bincangkan mengapa anda tidak lakukan sesuatu dengan kawan anda. Kawan yang sebenar tak akan paksa anda lakukan sesuatu yang anda tidak ingin lakukan. Ingat, bahawa ia mungkin keputusan kumpulan untuk pergi ke sesuatu tempat tetapi anda sebagai individu mesti menghadapi akibatnya.