Back home Latarbelakang Statistik Aktiviti KOnvensyen Pencapaian Kajian
Seksual
Dadah Merokok Alkohol Kosmetik Jerawat Seksual
ENGLISH
Prostarnet
Perlembagaan
Fakta Asas
Kronologi
Kempen
Manual
Kelab
Galeri
Borang
Perutusan
Lagu Prostar
Pautan
Buku Pelawat
Maklumbalas

Masalah Seksual

LELAKI

MENGAPAKAH SAYA MENGALAMI MIMPI BASAH?

Mimpi basah adalah ejakulasi yang berlaku ketika anda tidur. Ketika tidur anda kurang tersekat laku dan lebih berkemungkinan mimpi mengenai sesuatu yang meransang secara seksual. Mimpi basah tidak berlaku kerana sesuatu yang anda fikir, angankan atau lakukan pada waktu siang. Kamu tidak boleh mengawalnya.

SAYA BIMBANG TENTANG SAIZ ZAKAR SAYA. IA KELIHATAN LEBIH KECIL DARIPADA KAWAN-KAWAN SAYA.

Saiz zakar seperti organ dalam badan, adalah berbeza dari seorang ke seorang. Ia akan mencapai saiz dewasanya ketika baligh. Ketika stimulasi zakar akan bertambah panjang dan besar. Kebanyakkan zakar mempunyai saiz yang sama ketika tegang, tidak tertakluk kepada saiz yang besar atau kecil ketika tidak tegang. Saiz zakar tidak mempengaruhi fungsi seks atau kenikmatannya.

OLEH KERANA TUBUH SENTIASA MENGELUARKAN SPERMA, APA AKAN BERLAKU PADA SPERMA YANG TIDAK DIBEBASKAN?

Sperma yang dikeluarkan akan tersimpan untuk beberapa hari. Jika tidak berlaku ejakulasi, ia akan diserap semula ke dalam badan

PEREMPUAN

APAKAH YANG BERLAKU KETIKA KITARAN HAID?

Hari pertama kitaran haid adalah ketika haid itu bermula. Ketika datang haid, otak akan membebaskan hormone yang akan memberi isyarat pada telur dalam ovari untuk tumbuh dan matang. Telur itu akan dibebaskan daripada ovari ketika separuh jalan kitaran haid. Sementara itu dinding rahim akan bertambah tebal untuk membekalkan persekitaran yang subur. Sekiranya telur tidak disenyawakan, campuran alas, darah dan bendalir akan keluar melalui faraj sebagai aliran darah haid. Haid selalunya berlaku dalam tempoh 4-6 hari. Sesetengah wanita mengalami haid yang panjang ataupun pendek. Purata kitaran haid adalah 28 hari tetapi ia mungkin sependek 21 hari atau sepanjang 35 hari.

SAYA MENGALAMI KEKEJANGAN YANG TERUK KETIKA DATANG HAID. BOLEHKAH SAYA MEMBUAT SESUATU MENGENAINYA?

Rasa sakit bermula ketika rahim mengecut untuk meninggalkan lapisan tisu yang disediakan untuk proses pensenyawaan ini berlaku akibat hormon yang berlebihan yang mengawal pengecutan ini. Jika kekejangan anda adalah keterlaluan, minta doktor anda memberi anda ubat penahan sakit. Botol air panas yang diletak merentasi bahagian bawah perut boleh mengendurkan otot. Ada sesetengah wanita mendapati senaman dapat mengurangkan rasa sakit, ini mungkin meransangkan pengeluaran bahan penahan sakit semula jadi daripada tubuh.

HAID SAYA TIDAK DATANG SETIAP BULAN. ADAKAH SESUATU YANG TIDAK KENA?

Bila anda mulai datang haid , haid anda mungkin tidak tetap. Ia mungkin mengambil beberapa tahun untuk tubuh anda mengekalkan corak yang tetap. Tekanan, latihan olahraga yang intensif, diet yang keterlaluan dan susut berat badan atau penambahan berat badan yang keterlaluan juga boleh menganggu kitaran haid. Berjumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.

KADANG KALA SAYA DAPATI LELEHAN FARAJ PUTIH YANG MELEKIT. ADAKAH SAYA MENGALAMI JANGKITAN?

Adalah biasa untuk mengalami lelehan pada tahap tertentu dalam kitaran haid. Beberapa hari selepas datang haid, anda mungkin alami lelehan yang pekat, melekit dan berwarna putih, keruh dan kekuningan. Selepas itu ia akan menjadi lebih jernih, licin dan kenyal, menunjukkan telur dibebaskan daripada ovari. Selepas itu, lelehan itu akan menjadi melekit semula. Sila berjumpa doktor anda secepat mungkin sekiranya anda mengalami lelehan yang sangat banyak atau yang berbau kuat. Ini mungkin tanda-tanda berlakunya jangkitan.