Dokumentari Pra- Ujian Kaunseling (BM/English)
Video ini dihasilkan sebagai satu panduan untuk membantu kakitangan kesihatan yang terlibat dalam program kaunseling HIV/AIDS mengikut teknik kaunseling yang berkesan lagi efektif kepada pembawa HIV. Cara dan kaedah yang betul dalam mengendalikan kaunseling adalah penting kerana pengidap HIV atau pembawa HIV juga berhak untuk mendapatkan maklumat, ujian dan rawatan yang tepat tanpa ada unsur-unsur diskriminasi, penghinaan dan sebagainya. |