-
Menghindari seks di luar perkahwinan.
-
Elakkan hubungan seks dengan mereka yang tidak dikenal pasti latar belakangnya.
-
Elakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan.
-
Menggunakan kondom jika isteri atau suami telah dijangkiti.
-
Jangan melakukan hubungan seks sejenis.
-
Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan lain-lain peralatan yang boleh dicemari oleh darah
-
Jangan menderma darah atau organ badan jika anda dijangkiti.
-
Jangan menagih dadah.
-
Hindari dari perkongsian jarum dan alat suntikan.
-
Elakkan diri daripada bercukur di kedai gunting rambut atau pendandan rambut di mana anda terpaksa berkongsi pisau cukur atau gunakan pisau cukur pakai buang.
-
Bagi ibu-ibu yang dijangkiti elakkan dari mengandung.
-
Sebagai langkah asas berilah didikan ugama dan moral kepada anak- anak supaya dapat membentuk satu tingkah laku yang positif dan mengelakkan tingkah laku yang berisiko tinggi.
-
Simpan nombor-nombor telefon yang penting
-
Pastikan rumah anda adalah selamat
-
Pastikan peralatan peribadi yang penting boleh didapati dengan mudah seperti sarung tangan pakai-buang, tuala wanita dan lampin
-
Anda tidak boleh menderma darah
-
Amalkan pemakanan yang sihat
-
Lindungi diri anda dari sebarang penyakit, contohnya elakkan dari berada berdekatan dengan orang yang sakit, pakai perlindungan muka (topeng) sewaktu melawat orang sakit, elakkan dari mendapat luka.
-
Anda mesti menggunakan kondom sewaktu melakukan hubungan seks untuk melindungi pasangan anda daripada dijangkiti AIDS
-
Jika anda adalah penagih dadah, hentikan tabiat ini. Jangan menyuntik dadah atau berkongsi jarum dengan penagih dadah yang lain.
-
Wanita yang dijangkiti AIDS perlu mengelakkan diri daripada hamil kerana mereka boleh memindahkan virus ini kepada bayi-bayi yang dikandung .