Back home Latarbelakang Statistik Aktiviti KOnvensyen Pencapaian Kajian
ASEAN Seminar
ASEAN Seminar on HIV/AIDS
ENGLISH
Prostarnet
Perlembagaan
Fakta Asas
Kronologi
Kempen
Manual
Kelab
Galeri
Borang
Perutusan
Lagu Prostar
Pautan
Buku Pelawat
Maklumbalas

ASEAN Seminar on HIV/AIDS : Prevention & Education Among Youth ini telah diadakan di Kuantan Pahang dari 6 - 9 Ogos 2000. Seminar ini telah dihadiri oleh beberapa buah negara ASEAN dan telah membuahkan hasil yang mantap dalam usaha pencegahan dan kawalan HIV/AIDS khususnya dikalangan remaja

Cover_Asean

Pasukan Petugas Peringkat ASEAN (ASEAN TASK FORCE on AIDS: ATFOA) dalam mesyuaratnya kali keempat telah memutuskan supaya Seminar Peringkat ASEAN mengenai pencegahan dan pendidikan HIV/AIDS dibuat secara perkongsian bijak dimana setiap negara akan menanggung kos secara bersama. Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah seminar tersebut. Seminar pertama telah berjaya diadakan pada bulan Oktober 1998.Mesyuarat kali ketujuh yang diadakan di Brunei Darussalam pada 16-18 November 1999, telah memutuskan supaya Malaysia mengadakan seminar tersebut. Seminar ini telah berjaya diadakan di Hotel Grand Continental, Kuantan dari 7-9 August 2000.

Seminar ini bertujuan untuk semua negara anggota ASEAN berkongsi pengetahun, pengalaman dan maklumat mengenai usaha-usaha pencegahan HIV/AIDS. Bagi negara Malaysia selaku tuan rumah ingin berkongsi pengalaman dari cara pelaksanaan PROSTAR. Prostar ialah sebuah pertubuhan sukarela yang didokong oleh kerajaan yang bertemakan dari remaja, untuk remaja oleh remaja. Ianya juga merupakan satu forum dimana, negara anggota dapat mewujudkan rangkaian maklumat mengenai pencegahan HIV/AIDS dikalaangan remaja.

Seramai 23 delegasi dari lapan buah negara ASEAN menghadiri seminar tersebut termasuk Indonesia (4) Cambodia (4) Laos (4) Mynmar (4) Filipina (2) Brunei (2) Thailand (2) dan Sigapura (1). Manakala Malaysia diwakili oleh 14 orang delegasi dari pelbagai agensi termasuk pertubuhan sukarela.

Mesyuarat telah berhasil menggariskan aktiviti-aktiviti pencegahan dan program untukremaja dan menerangkan situasi semasa HIV/AIDS bagi setiap negara. Taklimat mengenai PROSTAR telah diberikan dan lawatan sambil belajar kebeberapa lokasi termasuk sekolah, kilang, daerah dan pusat pemulihan dadah yang melaksanakan PROSTAR.

Berdasarkan kepada senario semasa dan pandemik HIV/AIDS yang melanda semua negara ASEAN, delegasi seminar ini telah memutuskan beberapa keputusan sebulat suara iaitu seperti berikut;

  • Perhatian yang serius juga perlu diberikan kepada golongan dewasa supaya mereka bertindak secara positif dan bertanggungjawab terhadap perlakuan seks mereka.

  • Pergerakkan remaja perlu disokong dan diberi bantuan yang sewajarnya supaya aktiviti program rakan sebaya dapat dimantapkan. Penglibatan remaja dalam merangka, merancang, melaksana dan menilai program perlu digalakkan contohnya seperti PROSTAR.

  • Semua sektor termasuk kerajaan dan swasta mahupun peringkat sejagat perlu digalakkan untuk mewujudkan polisi dan amalan yang sama rata terhadap remaja yang telah dijangkiti HIV/AIDS.Sokongan peringkat kebangsaan untuk mewujudkan dan memperkukuhkan polisi termasuk pemberian peruntukkan dan kemudahan kepada remaja yang dijangkiti dan yang menerima kesan akibat wabak HIV/AIDS.

  • Hubungan dan rangkaian maklumat peringkat ASEAN perlu diperkukuhkan dan disokong secara eleltronik (emel, laman web) mesyuarat yang berkala dan lawatan sambil belajar dikalangan negara anggota.Negara anggota juga digalakkan supaya dapat berkongsi bahan-bahan IEC.Negara anggota digalakkan supaya mengadakan kajian/penyelidikan mengenai HIV/AIDS dikalangan remaja.