Jambori Prostar
Jambori PROSTAR merupakan aktiviti perkhemahan remaja PROSTAR Sekolah bertujuan untuk memberi ruang kepada mereka berhimpun, bertukar-tukar pandangan, berkongsi pengalaman serta memberi input-input pendidikan dan pengetahuan. Melalui aktiviti ini juga diharapkan dapat membentuk sahsiah individu ke arah kehidupan yang sihat, berdikari, beketrampilan serta berwawasan.
Hari PROSTAR
Hari PROSTAR diadakan untuk memperingati penubuhan Kelab PROSTAR di samping mempromosi PROSTAR kepada remaja.Hari PROSTAR jatuh pada 30 Jun iaitu mengambil sempena penubuhan Kelab PROSTAR.
Konvensyen PROSTAR
Konvensyen PROSTAR diadakan untuk memberi peluang kepada ahli-ahli PROSTAR bertemu, berkenal-kenalan, bertukar-tukar fikiran di samping mengeratkan siratulrahim di antara mereka. Konvensyen juga diadakan untuk memberi pengiktifan kepada mereka atas usaha mereka selama ini dalam mendidik, membimbing serta membantu remaja lain berkaitan HIV/AIDS. Di antara agenda dalam konvensyen tersebut adalah berkongsi pengalaman dan pameran aktiviti PROSTAR dari setiap negeri.
Hari AIDS Sedunia
Hari AIDS Sedunia disambut setiap tahun pada 1 Disember bagi mengingatkan masyarakat Malaysia bersama-sama dengan seluruh warga dunia kepada wabak HIV/AIDS dengan seruan supaya sama-sama menangani wabak ini mengikut kemampuan masing-masing.
Hari AIDS Sedunia mula diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semenjak 1988 dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai HIV/AIDS dan memperluaskan tindakan yang lebih berkesan dalam menentang wabak ini. Hari AIDS Sedunia juga diiktiraf sebagai satu peristiwa yang penting bagi mengingati segala usaha, pengorbanan dan sumbangan yang dicurah oleh pertubuhan-pertubuhan dan orang perseorangan yang terlibat dalam usaha pencegahan dan pengawalan wabak AIDS. PROSTAR juga memainkan peranan yang aktif dalam sambutan hari tersebut.
Mesyuarat Agung
Mesyuarat Agung diadakan setiap tahun bagi memenuhi kehendak perlembagaan Kelab PROSTAR dengan pemilihan jawatankuasa setiap dua tahun. Perwakilan berpeluang mengemukakan usul di samping menilai prestasi kelab. |