Back home Latarbelakang Statistik Aktiviti KOnvensyen Pencapaian Kajian
Aktiviti
Pendidikan Promosi Rekreasi Ekonomi Latihan Kebudayaan Komunikasi Sosial Aktiviti Tahunan Jambori
Kembara Simposium
ENGLISH
Prostarnet
Perlembagaan
Fakta Asas
Kronologi
Kempen
Manual
Kelab
Galeri
Borang
Perutusan
Lagu Prostar
Pautan
Buku Pelawat
Maklumbalas


SIMPOSIUM PERDANA REMAJA PROSTAR

Tarikh : 2 – 3HB DISEMBER, 2006

Anjuran : BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA &
KELAB PROSTAR MALAYSIA


BERTEMPAT : HOTEL SWISS GARDEN RESORT &
SPA, KUANTAN, PAHANG


TEMA : ACTIVATE “UR” PROSTAR

PENYERTAAN : 150 REMAJA PROSTAR
(dari seluruh negara)

DIRASMIKAN : Y.BHG DATO’ DR HASAN BIN ABDUL RAHMAN


Pengenalan

SIMPOSIUM PROSTAR anjuran Kelab PROSTAR Malaysia dengan jalinan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan satu acara yang pertama kali yang ingin dianjurkan. Sejajar dengan usaha dan harapan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap PROSTAR dalam meneruskan usaha ke arah kecemerlangan dalam memberikan pendidikan HIV/AIDS kepada kumpulan sasaran yang sebenarnya. PROSTAR berusaha untuk menyumbang tenaga dan idea dalam merealisasikan harapan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui simposium ini.

Simposim perdana remaja PROSTAR yang pada umumnya diadakan adalah sebagai satu “platform” atau landasan kepada ahli-ahli PROSTAR dalam memberikan satu jalinan kerjasama dan perpaduan diantara satu sama lain dalam memperkasakan aktiviti pendidikan HIV/AIDS di kalangan remaja. Pada tahun ini SIMPOSIUM PROSTAR merupakan anjuran bersama Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Cawangan AIDS/STD, KKM dan Kelab PROSTAR Negeri Pahang


OBJEKTIF SIMPOSIUM

2.1 Untuk menilai perkembangan remaja PROSTAR dalam kaedah, strategi dan pendekatan baru yang berkesan dalam melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan

2.2 Untuk mengenal pasti masalah pelaksanaan aktiviti pencegahan serta pengawalan HIV/AIDS di kalangan remaja.

2.3 Untuk memberi penilaian dan pendedahan serta cadangan yang membina mengenai aspek aktiviti pendidikan remaja yang berkesan yang telah dijalankan.

2.4 Untuk menyediakan platform kepada remaja dan golongan akademik bagi pertukaran idea dan pengalaman dalam mencari formula untuk menangani masalah HIV/AIDS dikalangan remaja.


PANEL JEMPUTAN BAGI PEMBENTANGAN TAJUK-TAJUK YANG DIPILIH

Sesi A : REMAJA DAN HIV/AIDS

Prof. Dr Nasruddin Bin Jaafar
Timbalan Dekan “Ijazah Dasar & Perkhidmatan”
Universiti Malaya

Sesi B : REMAJA DAN DADAH

Cik Bushro Bt Ahmad
Ketua Penolong Pengarah
Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Putrajaya

En. Khalid Bin Hashim
Setiausaha Agung
Drug Intervention Community ( DIC) Pahang

Sesi C : REMAJA DAN SEKS

DSP Nor Azman Bin Mohamed
Pegawai Turus D9, Jabatan Siasatan Jenayah
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuantan, Pahang


Sesi D : REACH OUT TO YOUNG PEOPLE MOST AT RISK

Mr Tahir Turk
World Health Organization Consultant


PENCAPAIAN PROGRAM

Simposium yang berlangsung selama 2 hari 1 malam telah membuka minda remaja PROSTAR khususnya dalam aspek pendidikan HIV/AIDS seperti berikut :

• Memberikan pengetahuan mengenai kajian intervensi yang telah dijalankan mengenai tahap pengetahuan HIV/AIDS di seluruh negara dimana peranan PROSTAR telah menyumbangkan sebanyak 23.3% untuk pekara tersebut.

• Memahami isu-isu remaja dan dadah terutama di pusat serenti serta keberkesanan dan tahap pemantauan yang telah dijalankan oleh pihak Agensi Dadah Kebangsaan

• Mendalami dan berkongsi pengalaman dengan bekas penagih dadah yang juga merupakan pembawa HIV dalam aspek rawatan, proses perubahan (keinsafan), panduan serta cara – cara yang diaplikasi dalam mendekati remaja yang bermasalah

• Membuka aspek minda dan tahap pengetahuan mengenai isu seks dikalangan remaja dari sudut akta jenayah dan undang-undang Polis Diraja Malaysia.

• Membina tahap pengetahuan dan pemahaman mengenai komunikasi yang pratikal yang boleh diguna pakai untuk mendekati remaja yang bermasalah dalam soal HIV/AIDS.

• Mengasaskan dan mendalami pelan komunikasi yang strategik untuk mendekati remaja yang bermasalah dengan lebih berkesan


   
banner bawah