Aktiviti Rekreasi
Selaras dengan citarasa remaja yang inginkan cabaran, pelbagai kegiatan rekreasi di ceburi. Dari sukan air ke acara pantai, dari berbasikal ke senamrobik, dari aktiviti pendakian ke aktiviti Jungle tracking. Lain-lain aktiviti yang turut disertai oleh ahli-ahli Prostar termasuklah berkayak, kembara, perkhemahan, bersukan dan sukaneka.Semua aktiviti ini dapat membentuk remaja yang mempunyai jatidiri, berdisiplin dan sedia menghadapi cabaran. Remaja yang berketerampilan ini adalah menjadi hasrat Prostar.