Pelbagai aktiviti dilaksanakan oleh ahli-ahli Prostar untuk membantu masyarakat melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk menghindari diri dari dijangkit HIV/AIDS. Pameran, ceramah, penerbitan, edaran bahan pendidikan, taklimat, dialog, forum, kuiz, tulis esei, lukis poster dan Lawatan sambil belajar.
Berbagai aktiviti promosi telah dilaksanakan oleh Prostarian diantaranya termasuklah pameran, ceramah dan juga penyebaran bahan-bahan pendidikan kesihatan seperti risalah dan poster mengenai PROSTAR. PROSTAR juga telah dipromosikan ke luar negara melalui taklimat kepada pelawat-pelawat yang datang ke Cawangan AIDS/STD KKM dan juga melalui taklimat oleh pegawai
Cawangan AIDS/STD semasa mereka menghadiri mesyuarat dan seminar di luar negara.Aktiviti-aktiviti pencegahan AIDS seperti yang dilaksanakan didalam PROSTAR juga telah diserapkan kedalam aktiviti-aktiviti agensi-agensi lain dan badan-badan beruniform seperti Persatuan Pengakap, Bulan Sabit Merah, St John dan lain-lain.