Back home Latarbelakang Statistik Aktiviti KOnvensyen Pencapaian Kajian
Aktiviti
Pendidikan Promosi Rekreasi Ekonomi Latihan Kebudayaan Komunikasi Sosial Aktiviti Tahunan Jambori
Kembara Simposium
ENGLISH
Prostarnet
Perlembagaan
Fakta Asas
Kronologi
Kempen
Manual
Kelab
Galeri
Borang
Perutusan
Lagu Prostar
Pautan
Buku Pelawat
Maklumbalas

Aktiviti Pendidikan

Ahli-ahli Prostar sememangnya mampu untuk melakukan apa sahaja aktiviti. Dari mengendalikan Latihan PRS hingga ke kursus rekreasi. Dari aktiviti ekonomi hingga ke aktiviti keagamaan. Dari aktiviti promosi hinggalah ke aktiviti kebudayaan. Sebut sahaja aktiviti yang berfaedah, pasti PROSTARIAN mampu untuk melakukannya.



Pelbagai aktiviti dilaksanakan oleh ahli-ahli Prostar untuk membantu masyarakat melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk menghindari diri dari dijangkit HIV/AIDS. Pameran, ceramah, penerbitan, edaran bahan pendidikan, taklimat, dialog, forum, kuiz, tulis esei, lukis poster dan Lawatan sambil belajar.

Berbagai aktiviti promosi telah dilaksanakan oleh Prostarian diantaranya termasuklah pameran, ceramah dan juga penyebaran  bahan-bahan  pendidikan kesihatan seperti risalah dan poster mengenai PROSTAR.  PROSTAR juga telah dipromosikan ke luar negara melalui taklimat kepada pelawat-pelawat yang datang ke Cawangan AIDS/STD KKM dan juga melalui taklimat oleh pegawai Cawangan AIDS/STD semasa mereka menghadiri mesyuarat dan  seminar di luar negara.

Aktiviti-aktiviti pencegahan AIDS seperti yang dilaksanakan didalam PROSTAR juga telah diserapkan kedalam aktiviti-aktiviti agensi-agensi lain dan badan-badan beruniform seperti Persatuan Pengakap, Bulan Sabit Merah, St John dan lain-lain.