Latihan PROSTAR
Untuk mempastikan kelansungan Prostar, ahli-ahli Prostar perlu dilatih dengan kemahiran dan dilengkapkan dengan pengetahuan untuk menjalankan aktiviti-aktivit Prostar. Pelbagai aktiviti latihan yang dijalankan seperti berikut;
Bagi menyokong aktiviti latihan PROSTAR, 4 manual latihan telah dihasilkan dan telah dikajisemula dari masa ke masa. Latihan PROSTAR telah dijalankan diperingkat negeri dan daerah. Aktiviti latihan ini diawasi oleh Pegawai AIDS Negeri dan Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri.
Daripada tahun pertama selepas dilancarkan pada November 1996, hingga akhir tahun 2004, sebanyak 1,243 sesi latihan Prostar telah dijalankan seluruh negara yang melibatkan seramai 71,808 orang remaja telah dilatih sebagai PRS PROSTAR. Pada tahun 2004 sahaja sebanyak 139 sesi latihan telah dijalankan yang melibatkan seramai 7,823 orang remaja dilatih sebagai PRS
Sehingga akhir tahun 2004 sebanyak 1,264 buah kelab PROSTAR telah ditubuhkan iaitu 121 buah di daerah dan 1,143 buah di sekolah menengah di seluruh negara.
Jangan bimbang! anda tidak lewat. Sila lawati bahagian berkenaan syarat-syarat keahlian dan penuhi borang permohonan.