Back home Latarbelakang Statistik Aktiviti KOnvensyen Pencapaian Kajian
Aktiviti
Pendidikan Promosi Rekreasi Ekonomi Latihan Kebudayaan Komunikasi Sosial Aktiviti Tahunan Jambori
Kembara Simposium
ENGLISH
Prostarnet
Perlembagaan
Fakta Asas
Kronologi
Kempen
Manual
Kelab
Galeri
Borang
Perutusan
Lagu Prostar
Pautan
Buku Pelawat
Maklumbalas

| Jambori Prostar 2001 | Jambori PROSTAR 2004 |
Jambori Prostar 2001

Jambori PROSTAR Kebangsaan 2001, Di Pantai Balok, Kuantan , 28 – 31 Mei 2001

1. OBJEKTIF

  • Untuk memberi pendidikan kepada ahli-ahli PROSTAR tentang bahayanya jangkitan HIV/AIDS.

  • Untuk meningkatkan pengetahuan golongan remaja berkenaan jangkitan HIV/AIDS, cara perebakkannya dan pencegahan.

  • Untuk membentuk golongan remaja yang boleh dijadikan role-model kepada remaja lain dalam menentang ancaman AIDS.

  • Melahirkan ahli PROSTAR yang cintakan alam semujadi dan persekitaran serta berdikari dalam kehidupan tanpa mempunyai perasaan diskriminasi terhadap mereka yang hidup dengan AIDS.

  • Melahirkan ahli PROSTAR yang lasak, matang berkewibawaan serta bersemangat tinggi dalam menempuhi apa jua halangan dan rintangan dalam apa jua bentuk keadaan supaya dapat bersama mencegah jangkitan HIV/AIDS.

  • Membentuk kendiri remaja yang positif dan dayasaing serta bersikap proaktif dalam aktiviti-aktiviti promosi pencegahan HIV/AIDS.

2.  JANGKA MASA PROJEK DAN PESERTA

Jambori ini diadakan dari 28hb. Mei hingga 31 Mei 2001, bertempat di Pantai MPK Balok, Kuantan, Pahang. Peserta adalah terdiri daripada ahli-ahli PROSTAR Sekolah seluruh negara. Setiap negeri diminta menghantar tidak lebih dari 30 orang ahli PROSTAR sekolah.

3.  AKTIVITI JAMBORI

Diantara aktiviti yang dijalankan sepanjang Jambori ini ialah:-

i) Perkhemahan PROSTAR
Semua para peserta yang dianggarkan seramai 600 orang ahli PROSTAR berkhemah sepanjang program ini dijalankan. Perkhemahan ini diadakan dalam kawasan perkhemahan yang telah disediakan di kawasan Rekreasi Pantai Balok.

ii) Majlis Perasmian
Majlis perasmian diadakan pada pagi hari kedua iaitu 29 Mei 2001 @ jam 9.00 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia

iii) Bakti PROSTAR (Gotong Royong)
Bakti PROSTAR merupakan aktiviti yang memberi pendedahan kepada peserta supaya mempunyai perasaan cintakan alam sekitar dan masyarakatnya. Peserta dipecahkan kepada empat kumpulan semasa aktiviti ini dijalankan. Kumpulan pertama bergotong-royong membersihkan kawasan dan rumah wargaemas di kawasan Balok. Kumpulan kedua mengadakan gotong-royong di tanah perkuburan, kumpulan ketiga di kawasan masjid/surau, manakala kumpulan keempat merupakan kumpulan kecil yang melawat rumah keluarga pesakit AIDS.

iv) Ceramah Motivasi Remaja
Ceramah motivasi diadakan bagi menyedarkan remaja berkaitan pengalaman seorang pengidap AIDS.

v) Tazkirah Subuh
Tazkirah diadakan selepas solat subur. Isu-isu berkaitan dengan masalah HIV/AIDS diberikan penjelasan.

vi) Sukaneka PROSTAR
Sukaneka diadakan bagi melahirkan penyatuan atau solidariti di kalangan para peserta. Setiap kumpulan terdiri daripada peserta-peserta berlainan negeri supaya wujud integrasi di kalangan ahli-ahli PROSTAR. Nama kumpulan memakai nama-nama yang ada kaitan dengan HIV/AIDS.

vii) Malam Puisi PROSTAR
Malam puisi PROSTAR adalah untuk melahirkan kesedaran di kalangan peserta berkaitan dengan masalah HIV/AIDS dan isu-isu yang berkaitan di samping untuk melahirkan perasaan patriotik di kalangan peserta

viii) Senamrobik.
Merupakan acara senaman bagi kecergasan peserta.

ix)Khidmat murni PROSTAR
Bagi melahirkan kesedaran dan tanggungjawab para peserta berkaitan cinta kepada alam sekitar dan amalan kebersihan sekitar.

4. JADUAL JAMBORI PROSTAR MALAYSIA

TARIKH

MASA

AKTIVITI

28 Mei 2001 02.00 petang
  • Pendaftaran para peserta di Pantai Rekreasi Balok MPK, Kuantan.
04.00 petang
  • Pembahagian serta Pemasangan khemah
06.30 petang
  • Makan Malam
09.00 malam
  • Taklimat serta ucapan selamat datang oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
11.00 malam
  • Para peserta berehat.
29 Mei 2001

05.00 pagi

  • Solat Subuh

07.00 pagi

  • Kuliah Subuh

09.00 pagi

  • Senamrobik

10.30 pagi

  • Sarapan Pagi
 
  • Majlis Perasmian:
 
  • Sukaneka Jambori PROSTAR
12.00 tghari
  • Makan Tengahari & Rehat 

04.30 petang

  • Sukaneka Jambori PROSTAR

05.30 petang

  •   Minum Petang & Rehat
06.30 petang
  • Sukan PROSTAR ( Bolasepak Pantai (L) & BolaTampar Pantai (P) )
 
  • Makan malam

09.00 malam

  • Ceramah Motivasi Remaja

12.00 malam

  • Rehat
30 Mei 2001

05.00 pagi

  • Solat Subuh
  • Kuliah Subuh
31 Mei 2001 07.00 pagi
  • Sarapan Pagi
08.00 pagi
  • Bakti PROSTAR (Gotong Royong).
12.30 t/hari
  • Rehat
02.00 petng
  • Sukan PROSTAR ( Bolasepak Pantai (L) & Bola Tampar Pantai (P) )
04.30 petang
  • Rehat
05.30 petang
  • Final Sukan PROSTAR
07.30 malam
  • Makan malam
09.00 malam
  • Penyampaian hadiah
  • Malam Puisi PROSTAR
12.00 malam
  • Rehat
05.00 pagi
  • Solat Subuh
  • Kuliah Subuh
07.00 pagi
  • Senamrobik
  • Sarapan Pagi
09.00 pagi
  • Khidmat murni PROSTAR di tapak perkhemahan
10.00 pagi
  • Majlis penutup oleh Pengarah Kesihatan Pahang
 
  • Perpisahan Jambori PROSTAR

7.  KESIMPULAN.

Dengan aktiviti seperti ini diharapkan dapat meningkatkan minat penyertaan remaja menjadi ahli PROSTAR Malaysia di samping promosi pencegahan jangkitan HIV/AIDS kepada masyarakat umum.